Monday 10 February 2014

CHOCOLATE CAKE MOIST KUKUS

Assalamualaikum..Saya ingin berkongsi sedikit  resepi Chocolate Cake Kukus yang saya gunakan semasa event di KLCC Tempohari.

BAHAN-BAHAN UNTUK CHOCOLATE CAKE

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula castor
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
*1/2 cawan susu pekat(untuk lebih moist) 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh  baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur suhu bilik

CARA-CARA

Ayakkan tepung gandum, serbuk koko,  baking powder dan soda bikarbonat.

Sementara itu panaskan kukus.

Pukul telur, esen vanilla  dan gula hingga kembang
masukkan minyak dan susu pukul lagi.

Dengan menggunakan kaedah kaup balik, masukkan tepung bahan yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit gaul sehingga sebati.

masukkan adunan ke dalam cup 3/4 adunan lagi 1/4 topping chocolate

Kemudian susun di dalam kukusan dan kukus selama 45 minit/ sehingga masak.

Cucuk dengan lidi kalau nak tahu masak atau tidak. kalau lidi licin aje tanda sudah masak.

untuk topping ganache

300gm Coklat Masakan(di cincang halus)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Masakkan susu cair sehingga mendidih.  setelah itu masukkan ke dalam bekas coklat masakan yang dicincang halus dan di gaul rata bersama butter,susu pekat dan campurkan sedikit air panas. gaul hingga sebati.

Untuk cara lain membuat coklat ganache boleh klik di sini.    Susunkan ape2 buah-buahan untuk tampak lebih sedap dan memang sedap untuk dimakan 
Choco Moist Cake Kukus+ Strawberry on top+ choc Ganache
Minimum Order 50pcs = RM65
Untuk Tempahan - Bidor, Tapah, KL
Call/Whatsapp - 0124094744



No comments: