Assalamualaikum Sahabat sekalian, Moga sentiasa di dalam Rahmat Ilahi. Apa khabar iman? adakah masih sihat dah berdiri utuh dan teguh? Ataupun sudah layu? mari sama-sama kita memperbaikinya.
So hari ini ingin berkongsi lagi satu resepi yang telah dicuba. CHEESE TART!!! Saya gunakan filling blueberry. Memandangkan ramai yang sangat sukakan blueberry cheese tart, dan ada yang saya nak buat sebagai hantaran pertunangan officemate saya, so, saya pun menjayakan dengan menyiapkan blueberry cheese tart ni.
Sebelum kita nak dapatkan satu ketul blueberry cheese tart,kita kenalah siapkan crust or saya panggil SHELL. SHELL ni kita boleh simpan dalam jangka masa yang agak panjang sebelum menggunakan atau pipe kan filling cheese. Dengan Syarat disimpan di dalam bekas kedap udara. Sebelum memberi resepi ni, selalunya 1 adunan Cheese filling akan berlebihan. Maknanya, lebih digalakkan membuat 2 adunan shell, dan 1 adunan cheese (2:1)
BAHAN-BAHAN SHELL(1 adunan= 40 biji kecil)
175g Butter
50g icing sugar
290g tepung gandum
1 biji telur gred C
1 sudu kecil vanilla essence
CARA-CARA
1.Sebelum menguli adunan shell ini, pastikan butter telah dikeluarkan terlebih dahulu
2.pukul butter dan icing sugar sehingga kembang
3.masukkan telur dan pukul lagi
4.Kemudian masukkan tepung
5.dengan menggunakan tangan, uli tepung yang telah dimasukkan sebentar tadi
6.Uli sehingga sebati. Jika adunan melekat-lekat di tangan lagi, tambahkan sedikit lagi tepung.
7.Setelah Doh Shell siap. Tiba masa untuk menempa di dalam acuan. Sediakan acuan untuk cheese tart. Ikut suka besarnya.
8.Mula-mula, cuit sedikit doh kemudian tempa di dalam acuan
9.lenyekkan mingikut ketebalan yang diingini
10.bahagian lebihan di sekeliling, gunakan pisau plastik untuk kemasan di tepi
11.cucuk adunan dengan garfu(untuk mengelakkan doh dibahagian tengah mentah)
12.Setelah di susun siap, Bakar di dalam oven 170 degree selama 20-25 minit, mengikut oven masing-masing.
So dah siap shell, bermaksud tinggal separuh lagi bahgian cheese tart kita. Next step is filling cheese. How to make it?
BAHAN-BAHAN
250g cream cheese (philadephia/tartura)
50g castor sugar
1 biji telur gred B
1 sudu vanilla essence
CARA-CARA
1. Putar castor sugar dengan cream
2.Setelah sebati dan kembang, masukkan telur
3. Kemudian masukkan pula vanilla essence
4. Setelah siap sebati, masukkan ke dalam piping beg
CARA-CARA MENGISI FILLING PADA CHEESE TART
1.Susun semua shell pada loyang
2. Masukkan filling pilihan (saya pilih strawberry)
3.Pipekan Cheese ke atas shell yang telah diletak filling
4. Pipekan secara menegak supaya cheese kelihatan menggelembung.
Dah siap start buat bunga pulak kat atas cheese.
CARA-CARA BUAT BUNGA
Warnakan Filling cheese tadi dengan warna pilihan
Setelah digaul rata, dengan menggunakan lidi titikkan dengan beberapa titik membujur
kemudian dari atas, tarik lidi sehingga kebawah supaya terhasil bentuk bunga.Boleh refer disini untuk membuat bunga cheese tart ni yer...
http://seleraqasih.blogspot.com/2014/03/cara-cara-membuat-bunga-ukiran-di-atas.html
Setelah siap ukiran bunga di atas, sila masukkan ke dalam oven 5-10 minit dengan temperature 150 degree. Kalau nak pastikan, letakkan tangan di atas cheese tart tadi, jika cheese tidak melekat di tangan, boleh di angkat sudah..
Alhamdulillah selesai.
http://seleraqasih.blogspot.com/2014/03/cara-cara-membuat-bunga-ukiran-di-atas.html
Setelah siap ukiran bunga di atas, sila masukkan ke dalam oven 5-10 minit dengan temperature 150 degree. Kalau nak pastikan, letakkan tangan di atas cheese tart tadi, jika cheese tidak melekat di tangan, boleh di angkat sudah..
Alhamdulillah selesai.
Anyhow enjoy the making of cheese tart. It is not too hard. Just need an effort to make it. InshaAllah..
No comments:
Post a Comment