Thursday, 30 January 2014

SABAH DAY 3: MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar....Terasa sungguh nyaman pagi hari di Masjid KK. Masjidnya Besar, dan ada beberapa aktiviti yang dijalankan seperti kedai-kedai sekitar masjid. Walaupun Di Sabah, penduduknya boleh dikatakan ramai yang penganut agama kristian dan kita boleh nampak di merata-rata gereja yang tegak berdiri, namun Masjid yang tertegak gah di bumi Maha Suci ini masih mampu memartabatkan islam. Bukan sahaja hanya berdiri teguh , malah ummat Muhammad juga berpusu-pusu meraikan subuh di Masjid ini. Alhamdulillah.

MASJID KK

Untuk hari ke 3 ini kami menghabiskan masa di sekitar KK. Selesai usai bersantap pagi, kami terus mengorak langkah ke Rumah Terbalik, Sabah.  Perjalanan hanya memakan masa 15-20 minit dari Bandar kota kinabalu. Keterujaan sudah bermula. Yelah selalunya dapat tengok gambar aje dari rakan-rakan yang disayangi. Ini nak melihat sendiri apa yang ada di dalam rumah terbalik tersebut. Setelah sampai di sana, kami terus mendaftar. Harga tiket RM 10/pax. Cerita rumah terbalik ini di ceritakan oleh orang yang membawa kita masuk ke dalam nanti.
Sampai sahaja di perkarangan, kami terus mengambil gambar di sekitar luar rumah. Ada kereta terbalik di luar rumah tersebut. Selesai satu group yang dahulu dari kami habis, tiba pula turn kami untuk masuk ke dalam. Semua yang ada didalam semuanya terbalik termasuklah mangkuk tandas, peti ais, kukur kelapa. Saya dah mula rasa loya.  Keadaan yang terbalik tu membuatkan saya nak muntah dan pening. Segera saya keluar dahulu. Di luar pun ada garden terbalik. Pokok-pokok semua terbalik. Di luar juga ada caffe untuk santapan. Makanannya boleh tahan sedap dan juga tidak lah terlalu mahal. Selesai  ke rumah terbalik.
OFFICEMATE, KAK EMY YANG PENYAYANG

Petang hari saya ada temujanji dengan orang tersayang. Norzilah Jailani.Sahabat ketika saya Di SMSTSS dahulu. Setelah lapan tahun tidak bertemu, ini lah buat pertama kali kami bertemu. Dia merupakan pelajar pintar semasa si SMSTSS dahulu. Satu dorm dengan saya semasa tingkatan 4. Merupakan seorang yang pendiam tetapi baik sangat. Tidak kekok untuk menghulurkan bantuan. Dia janji untuk Pickup kami di depan traveler hotel. Katanya ingin membawa saya ke satu tempat istimewa.


NORZILAH JAILANI DI HADAPAN RASA SYG RESTAURANT

SUASANA RESTORAN RASA SAYANG

Tepat jam 4 petang, dia sampai dan mengambil kami di hadapan hotel. Tempat yang dia ingin bawa adalah di restoran rasa saying. Tempatnya betul-betul di puncak bukit. Perjalanan dalam kira-kira 40 minit. Kiri dan kanan penuh kampong-kampung yang cantik dan tersusun. Saya merasa sangat tidak sabar untuk sampai ke puncak. Sesampainya di bukit, Subhanallah. Memang cantim tempatnya. Rupanya, Dari puncak bukit memang Nampak seluruh Bandar KK. Memandangkan KK panas terik dan tidak hujan, jadi tidak berapa jelas Bandar KK. Tempatnya sangat sejuk and open air. Kami memesan makanan dan bersembang tentang perkembangan diri. Rasa seperti mahu menitis air mata melihat sahabta yang telah lama tidak berjumpa. Kami dapat menikmati SUNSET yang indah. Subhanallah.Memang cantik tempat ini. Nasib baik ada kawan perkenalkan tempat ini kepada saya. Dah petang lagi ramai pengunjung tiba untuk menikmati sunset. Saya sempat bergambar dan mengambil pamphlet melihat rate hotel di situ. Harganya gak murah. Sekitar RM 130++/night. Setelah itu Norzilah menghatar kami kembali ke hotel. Semoga kamu sukses selalu sahabat. Beliau seorang lecturer dan sedang menyambung pengajiannya.

JALAN KE HOTEL RASA SAYANG


PEMANDANGAN SATU KK DI RASA SAYANG


Setelah Usai maghrib kami berjalan kaki ke Pasar Filipin. Pada sangkaan saya tiada apa-apa mulanya tengok hanya menjual sayuran dan beras serta pulut-pulut. Rupanya di bahagian belakang ada kedai- berderet2 menjual makanan seafood segar. Terbaik dari lading. Walaupun saya dan Mama agak kekenyangan, Kami tidak terlepas menikmatai seafood segar yang dimasak terus mengikut citarasa. Lihatlah gambar makanan yang kami order. Makanan agak murah. Dan jika pandai tawar menawar memang dia akan bagi murah tambahan orang tempatan. Alhamdulillah.
Selesai itu kami ke Pasar Payar. Pasar payar sepert pasar malam. Tiap-tiap malam ada. Menjual mutiara murah-murah. Kena pandai tawar la.tambahan brooch. Memang cantik-cantik mengikut grade. Mengikut kata mak kesayangan saya, Di pasar KEDAI JAMILAH yang terletak bertentangan dengan hotel traveler, jewellery dia lagi murah-murah. Memandangkan mak kesayngan saya telah sampai di sana dahulu, jadi saya pun ikut la melihat barang-barang di kedai yang dimaksudkan. Betul! Mama saya pun bersetuju dengan pendapat mak saya. Memang murah. Cincin, Gelang, semua murah-murah. Jauh lagi murah dari pasar payar. Tapi kedai jamilah ini akan tutp dalam pukul 6 PM. Kena cepatlah. Kami juga menikmati pasar gaya. Pasar Gaya ini hanya ada pada hari ahad pagi sahaja. Di pasar ini menjual berbagai barangan termasuklah binatang peliharaan. Tapi harga untuk brooch atau gelang atau cincin sama saja dengan pasar payar. Namun jauh lagi murah di pasar payar.

Kami juga sempat berkunjung ke KOTA BELUD. Pada saya kota betud ini tiada apa-apa selain peka kecil. TAMU PEKAN BELUD ini juga terdapat jualan kuih muih di atas daun keladi besar, tetapi sekelilingnya penuh dengan anjing liar berkeliaran
Keesokan harinya kami bersiap untuk pulang. Memandangkan fkight saya delay kami berjalan-jalan pusing ke laut menikmatai keindahan pantai sabah yang jernih dan cantik. Alhamdulillah semuanya bberjalan lancer. Percutian dengan mama tersayang dapat di jadikan reality. Walaupun penat Namun hati puas kerana tempat yang kami pergi sangat cantik dan menarik. Terlakar sebuah kenangan.
Untuk kawan-kawan yang ingin pergi berkunjung kesabah, saya rasa tidak rugi. Hanya mahal pada makanan. Cuaca pun agak bahang di kota kinabalu banyakkan minum air jika pergi musim panas. Dan sila pastikan bawa ubat tahan muntah jika siapa yang tidak tahan ke kundasang jalnnya kelok-kelok, takot percutian sepatutnya meriah jadi hambar pula. Dan jangan lupa subuh diSabah sangat awal. Jadi jangan Terlajak pula ya.
KAWASAN WAJIB KUNJUNG
-DIARY FARM
-NABALU PARK
-HOT SPRING
-PASAR AIR PAYAR
-RESTORAN RASA SAYANG
-PASAR FILIPIN
-GAYA STREET
-PASAR JAMILAH
-BEAUFORT


--------------------------------------------------------THE END----------------------------------------------------


















SABAH DAY 2: MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH

HARI KEDUA
Alhamdulillah…Hari ke-2 menjelma. Hari kedua Kami Plan ke Kundasang.Perjalan dalam 2.5 jam mengikut driver. Pukul 6 di Sabah seperti pukul 8 di semenanjung terang benderang.Kami pun bersarapan di restoran Ala-ala mamak tapi tak berapa mamaknya berdekatan hotel kami.Buat panduan, atau pun sebagai peringatan, makanan di Sabah sangatlah mahal. Roti Sardin RM 5.00. Dan kalau boleh janganlah makan nasi campur. Sebab mama say ambil nasi putih separuh, telur masin sebijik, sayur sikit, RM5.00.Fuhh.. geleng kepala. Tapi yelah duduk di sini serba-serbi memang mahal.
So setelah usai bersantap pagi, kami pun bergerak ke KUNDASANG.Apa yang best di Kundasang? Jom kita tengok satu persatu. Di kundasang cuaca sangat sejuk tambahan kalau sudah sampai di puncak atas. Kiri dan kanan terpampang ciptaan Allah yang sangat Indah. Subhanallah. Memang takkan berhenti mengucapkan kebesaran Allah Di dalam hati. Kiri kanan terlakar gunung-gunung penuh menghijau dan sangat segar kehijaun.
perjalanan ke kundasang
Checkpoint pertama kami adalah Pekan Nabalu.PekanNabalu menjual pelbagai barangan cenderahati buat kawan-kawan dan saudara-mara.Harganya lebih murah dari Pasar Gaia, Pasar Payar.Cenderamata yang dijual seperti kain batik lepas yang pelbagai corak.T-shirt yang murah, dan jajan selain keychain, coin purse, and teddy bear.Dekat sini pun dah terasa kesejukan dan Nampak puncak gunung KK.Keadaan seperti di Brincang Cameron Highland, tapi lagi sejuk. Di sini juga ada menjual kerepek ubi madu yang rangup, besar dan sedap. Selain itu juga ada menjual beras pulut yang sangat bersih
Di pekan nabalu
Pekan Nabalu Tower
Checkpoint kedua kami adalah Nabalu Park.Masuk RM 3.00/Pax.Dalam Nabalu park ni ada hotel yang betul-betul menghadap gunung KK.Kami sempat merakam gambar berlatar belakangkan Gunung KK. SejuknyaYa Allah memang terasa ketulang.Sejuk sangat2 ditambah pula dengan Angin yang bertiup kencang.Sebenarnya Di Nabalu Park ni boleh kita nikmati pelbagai aktiviti, antaranya Ke kaki gunung KK, ada taman yang seperti TITI boleh kita jalan. Tapi disebabkan kami kesuntukan masa dan ingin pergi ketempat lain, Jadi aktiviti kami sedikit terhad. Namun secebis kenangan sudah cukup menggembirakan.
Officemate yang Happening Di Nabalu Park

Di sekitar Nabalu park bersama bonda tersayang

Checkpoint kami yang ke3 ialah Diary Farm.Harga tiket RM4.00/Pax. Sungguh, Jujur saya cakap, inilah tempat yang indah. Sama seperti di New Zealand.Tempatnya betul-betul berada di puncak gunung.Penuh dengan Lembu New Zealand yang sehat-sehat. Dan kita memang Nampak puncak gunung KK dekat sahaja dengan kita.Tempatnya memang sejuk sesangat. Kami kedalam bangunan di Diary Farm tu. Ada jual Aiskrim susu segar vanilla, souvenier dan susu segar betul2 segar. Di bahagian belakang bangunan pula ada tempat untuk feeding anak lembu and anak kambing.Susu botol kecik atau Rumput segar RM 1.00.Kami memang tidak terlepas merakam detik-detik indah di puncak gunung yang sangat hampir dengan puncak gunung KK. Bertentangan pada diary farm ada satu masjid atas bukit. Masjid itu baru hendak renovate dan di atas lagi ada sebuah resort and spa heritage. Pada saya, sekiranya hendak menikmati pemandangan di kundasang, lebih baik terus ke hotel tersebut. Lebih baik. Kerana semua tempat kebanyakannya ada di kundasang. Tempatnya sejuk teramat.
Sesampai si Diary Farm
Berlatar belakangkan Gunung KK


Lembu New Zealand yang sehat-sehat

Di Diary Farm; Gunung KK lebih Jelas Subhanallah




Pekan Kudasang
Cattle feeding
Checkpoint yang ke-4 ialah hot spring.Saya tidak berapa gemar sangat hotspring, jadi saya rasa biasa sahaja.Cuma tempat mereka buat Nampak unik.Macam ada kolam kecil untuk berendam.Tempatnya juga besar.Bayaran Kemasukan RM5.00 jika tak silap untuk orang tempatan dan perlu tunjuk IC.
Checkpoint ke-4 Ikan gigit-gigit. Ikan gigit-gigit ni pada saya mahal masuk dia. RM5.00 hanya rendam kaki dan hanya 10 minit sahaja. Untuk harga mandi lain pula dan masa yang dibenarkan hanya 10 ringgit. Tapi seriously, sungai dia sangat cantik. Jernih pasir pun bersih dan halus. Di sini juga
Ada lagi tempat-tempat menarik, seperti melihat keindahan reflesia. Namun di sebabkan kekangan masa, kami hanya memilih tempat-tempat yang saya nyatakan di atas sahaja. Setelah itu kami terus pulang ke hotel di KK. Perjalanan agak memenatkan, namu sangat menyeronokkan, apa lagi dapat menikmati keindahan yang dapat mengagungkan Penciptanya.

To be continue….






















SABAH DAY 1: MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang dikasihi Allah sekalian. Moga iman kalian masih utuh dan kukuh meletakkan Allah  yang utama. Kali Ini saya ingin berkongsi sedikit informasi dan juga keseronokan bercuti di bumi Allah yang penuh dengan pemandangan indah  di sekeliling sayaciptaan yang MahaEsa. Subhanallah.. jika kalian kenegeri bertuah ini, pasti mahu lagi menikmati lukisan Alam buat kali kedua. Alhamdulillah dapat saya bawa Bonda kesayangan saya menikmati pemandangan indah di Sini. Sabah!! Negeri yang penuh dengan lukisan-lukisan ciptaan Allah yang sangat Cantik dan indah.
Saya pergi ke Sabah bersama rakan-rakan office selama 4 hari 3 malam. Kami mengambil hari Jumaat sehingga hari isnin kerana ketika ini tiket flight agak murah. Saya dan bonda total penerbangantermasuk luggage hanya mencecah RM 400. Tapi Kawan saya cakap diorang beli lagi murah.Flight return diorang baru RM 159. Murahkan?

Departure To KK

Memandangkan ini kali pertama kami menjejakkan di negeri Di bawah bayu ini, jadi banyakbenda yang kami belum tahu. Kami terus booking hotel di KK(kotakinabalu)  selama 4 hari. Harga satu bilik untuk 4 hari hanyaRM190 .Saya kategorikan hotel budget la, tapi agak selesa dengan  WIFI yang awesome. Hotel traveller ini betul2 di tengah KK. Kiranya nak pergi ke pasar gaia, Pasar filipin danpasar payar di sekitar situ yang murah sangat-sangat pearl dia. Kereta pun dah di booking awal. Kerana kalau kita pergi tanpa booking takut-takut chargenya mahal atau langsung tak dapat keretanya.
HARI PERTAMA.
Kami sampai terus sahaja ambil kereta pada Johny nama orang tu.Kereta Innova ditawarkan pada kami RM 170 sehari. So disebabkan kami 8pax, kena ambil kereta besarla baru selesa. Tak termasuk minyak tau. Hanya kereta sahaja. Sesampai sahaja owner kereta, Kami terus Check-in hotel dulu, Solat.Then kami pun bersiap untuk ke Weston,Beaufort. Nak tengok kunang-kunang, dan Mosopiat menaiki Boat termasuk makan buffet yang disediakan.Kalau kita booking terus by call,ada agent yang menguruskan. Dan harga pakej ni dalam lingkungan RM 100- 200. Mahalkan? Tapi hari tu rezeki kami, Allah permudahkan kami, entah macamana kami kesesatan untuk ke beaufort yang perjalanannyaHampir 3jam.
Tempat makan di Weston rumah atas air
So sepatutnya sampai sebelum 6PM barulah tak gelap sangat, tapi kami sampai hamper 7PM. Usai solat maghrib terus ke jeti, berjumpa terus dengan orang yang menguruskan. Alhamdulillah, terus jumpa dengan organizer atau yang empunya tempat (boat, restoranuntukmakan buffet) nak tahu berapa aje harganya? Pakej yang disebut agent by call tu RM180/pax, tapi sebenarnya, pihak owner hanya mengambil  RM45/pax.WHATTTT????Tak sangkakan? Agent markup lebih kot.  So, disebabkan kami orang tempatan yang Nampak keletihan, Dia meraikan kami untuk terus makan dahulu tanpa BAYARAN!! Sungguh baik hati.Subhanallah.Menurut Beliau, bisness bawa tengok mosopiat dankunang-kunang ni adalah bisness keluarga.
Hidangan Buffet yang disediakan termasuk dalam pakej
So Kami pun makan dengan penuh senyuman .Maklumlah perrrcuma.Kami betul-betul berada di rumahatas air.Sangat unik tau dekat sini.Orang-orangnya masyaAllah sangat ramah.Selesai makan, Kami terus menaiki boat untukmenikmati ciptaan Allah iaitu kunang-kunang. Di dalam boat tu jangan buka flash atau lampu. Mereka ada method untuk mendekat ikunang-kunang tersebut. Rasa sangat kagum.Yelah, sekarang bukan mudah lagi nak tengok kunang-kunang tau.Ni kunang-kunang macam salji dating kat kita hinggap.Hampir 20 minit di situ, kami pun kembali ke Jeti tempat parking boat.Memang tiada rezeki kami untuk melihat Mosopiat kerana sudah larut Malam.Mosopiat pun tak kuasa nak layan kami.Hehehe. Harga yang diambil owner tu hanyaRM15/Pax.SangatMurah. Menurut Beliau ada agent yang mengaut keuntungan pada pelancong asing sehingg amencecah RM 200/pax. Saya menggeleng kepala.Nasib kami tidak diperdaya sebegitu rupa.Namanya owner yang pemurah ini adalah Puan Haijah.Setelah naik kepengkalan Puan Haijah ada memberitahu kami, Tasik tuada Cik Buaya.Lemah lutut saya.Nasib baik kami dah sampai kedarat.Tapi setakat ini tiada kes mangsa buaya berlaku di situ.Fuhh Alhamdulillah semua dilindungi Allah.


Pn Haijah Yang pemurah dan murah dengan senyuma.
Moga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat beliau
 
RM45/pax yang ditawarkan termasuklah melihat mosopiat,kunang-kunang dan juga makan buffet yang berlaukkan 4 jenis lauk, buah-buah, dan juga makanan ringan seperti  egg sandwich, hotdog danjuga fries. Kalau ingin pergi Terus ke Weston dan berjumpa dengan owner itu sendiri.Saya sertakan number beliau (Puan Haija-0109503972).Puan haijah(yang berbaju belang) ini tidak berapa sehat dan mendapat rawatan di HUKL. Beliau akan kesana beberapa kali setahun. Moga Allah menyembuhkan penyakit beliau dan memurahkan rezeki beliau yang ternyata murah dengan senyuman dan sedekah.Ketika pulang kembali ke K.K, terasa bahagia berjumpa dengan Insan cekal seperti beliau.Dalam keadaan yang serba kekurangan  kesihatannya mampu lagi berusaha membangunkan tempat pelancongan bagi kita menikmati keindahan yang Allah lakarkan buatmemuji kehebatanNya. SUBHANALLAH!!

TO BE CONTINUE…..







Sunday, 26 January 2014

UPGRADE``

Assalamualaikum semua. Semoga sehat hendaknya melayarkan perjalanan di Bumi pinjaman Allah ini. Alhamdulillah masih lagi segar bugar menghirup oksigen yang Allah berikan secara percuma tanpa sedikit pun bayaran. Apa yang perlu di bayar adalah keimanan, amalan, tanggungjawab kita kepadaNya.

Saya ada membeli beberapa barang untuk fondant deco. memandangkan saya masih lagi bertatih dan merangkak dalam duia membaking dan deco mendeco, maka banyak lagi barang yang saya tiada. Dapat aje bonus haritu terus sahaja saya mencuci mata dan tangan sekali untuk grab barang-barang keperluan bagi menghasilkan figurine yang cantik macam di blog masam manis. Sungguh kagum dengan ketelitian beliau.



Ini merupakan Alphabet yang pada saya kecil dan cantik dan kemas. sebab tu saya memilih alphabet ini. Ada yang jenis besi, tapi saya rasa kurang kemas tulisannya, jadi saya memilih yang ini





Ini pula deco untuk fondant. Dia bukan plastic tau, dia macam getah sedikit. ada banyak jenis, tapi saya pilih yang ini lah sebagai asaS deco mendeco




yang ini pula berus 2 in 1. boleh memberus at the same time boleh memotong di bahagian belakang berus tersebut.

Yang ni papan deco untuk fondant. Kalau kita buat bunga, nak dia tenggelam ke bunga tu guna papan deco yang lembut ni

Ini spatula besi untuk memudahkan mengangkat kek. Kalau guna yang plastic nescaya kek yang berat tu boleh terjatuh.heheh...(belajar dari kesilapan)
piping nozzle berbentuk picagari versi besar. Siap sekali dengan 10 nozzle yang pelbagai untuk mendeco .

barang-barang ni semua tidaklah mahal sangat. Tapi kena planning membeli. jangan main beli aje. lagi satu kalau ada banyak kedai supply cake, better survey dulu baru beli. Takot nanti dah terbeli kat kedai satu, tup-tUp kedai ke-2 lagi murah. hanya mampu tersenyum aje nanti.

Nanti saya akan kongsikan kedai-kedai yang kerap saya kunjungi untuk mencari bahan-bahan kek saya. Untuk yang baru merangkak macam saya ni, bolehla ambil sedikit panduan kedai favourite saya.