Thursday 23 January 2014

CREAM PUFFS-CUSTARD FILLING

Assalamualaikum semua, Slam Jumaat yang mulia. Moga sama-sama mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT. Memandangkan hari Jumaat ini adalah hari di mana kita semua berehat panjang, marilah sama-sama kita manfaatkan masa berehat kita dengan melazimi Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kebetulan saya ada membuat cream puff minggu lepas yang saya sendiri tak sempat untuk updatekannya. Cream puff merupakan makanan kesukaan saya dan juga officemate saya. Oleh kerana saya seorang yang sedikit cerewet tentang makanan, saya lebih gemar membuat sendiri. Saya boleh fill custard lebih2 supaya bertambah enak rasanya.

So di sini saya kongsikan sedikit resepi bagaimana saya membuat cream puff yang mudah ini.

BAHAN-BAHAN( 25 biji mini puff)


1 cawan self raising flour
80g butter
1 cawan air
4 biji telur

CARA-CARA
cairkan butter didalam periuk

Masukkan tepung dan kacau

Masukkan air dan kacau lagi

Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil mengacau

setelah sebati, angkat dan biarkan sedikit sejuk

Boleh dimasukkan ke dalam piping beg untuk pipe kan
atau menggunakan senduk bulat
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan suhu 160degree

Biar sehingga puff kekuningan menandakan sudah masak sempurna


BAHAN-BAHAN CUSTARD
instant custard
1/2 cawan susu cair
satu cawan air

CARA-CARA

Panaskan air, kemudian masukkan instant custad mengikut kepekatan yang anda suka
Masukkan susu cair
Kacau sehingga sebati
Sejukkan dan pipelkan ke dalam puff

untuk mendapatkan puff yang kemas, tebukkan lubang dibahagian bawah puff supaya crean tidak meleleh atau comot. anda boleh juga membelah bahagian atas puff dan masukkan ke pipekan mengikut bahagian atas

Setelah puff sudah dipipekan, taburkan gula icing di atas puff secara tipis.
Selamat Mencuba!!

No comments: