Wednesday, 22 January 2014

CAKE SEMARAKKAN CINTAMU

Assalamualaikum sahabat sekalian. Sihatkah semua? Semalam saya ada menyiapkan satu tempahan dari  seorang rakan sekerja saya khas buat isteri tercinta Ainin Zurida yang ke 42 tahun. Alhamdulillah mereka telahpun mempunyai cahaya Mata 3 orang.

Memandangkan kek ini merupakan hadiah seorang suami kepada isterinya, jadi saya memilih untuk meniakkan seri kek ini dengan warna merah. So di setiap layer saya mainkan tone warna yang berbeza. maksudnya Di paling bawah saya gunakan warna merah sedikit gelap dan pekat. dan dibahagian atas saya cerahkan warnanya supaya nampak lebih anggun. Disebabkan itu juga saya namakan kek ini SEMARAK CINTA kerana warnanya yang menyemarakkan rasa cinta seorang suami kepada seorang isteri.

Saya membuat kek chocolate indulgance dan hiasan sekelilingnya adalah butter cream. Oleh kerana Suaminya mahukan kek berunsur chocolate demi anak-anak yang meminati chocolate, sebab itu saya membuat keputusan untuk membuat kek chocolate indulgance.

Untuk menaikkan seri kek lagi, saya membuat pertambahan warna putih di sekeliling kek. Kira seperti Finish Good la. HIHIHI. Saya meletakkan warna putih di paling bawah kek, dengan atas kek. Saya semarakkan lagi kek tersebut dengan kepingan Love sebagai tanda cinta seorang suami kepada seorang isteri.

Untuk menampakkan di permukaan tidak terlalu kosong saya taburkan beads di atas kek. Memandangkan saya masih amatur dalam dunia baking membaking, jadi hasilnya tidakla se Pro orang yang telah berada lama di dunia baking. Tapi hasilnya memuaskan hati saya. Alhamdulillah..

Resepi chocolate indulgance bolehlah dapatkan di sini

"Hargailah Isterimu Sebagaimana engkau menghargai ibumu, Kerana isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu"

"Dont ever stop dating your wife and dont ever stop flirting with your husband"






No comments: