Saturday, 4 January 2014

SUP AYAM AWESOME

Assalamualaikum sahabat sekalian, kali ini saya ingin berkong resepi bonda kecintaan saya yang saya sendiri menggunakan untuk masakan saya. Sup adalah salah satu makanan kegemaran saya kerana tidak bersantan dan berlemak. 
Ok sebelum kita meliihat resepi pembuatan sup, mari kita mengetahuidari mana asla usul sup ini. Sup/sop atau soep dalam bahasa belanda origanlly dari europe. Orang-orang belanda memakan sup sebagi pembuka hidangan ketika santapan dan juga merupakan pemanas badan semasa musim sejuk. Sup juga terkenal dikalangan masyarakat Cina yang kurang menggemari makanan berantan atau berminyak. Mereka lebih suka makanan yang berebus dan direneh. Ha, sekarang kita dah tahukan dari mana asalnya sup ini? Ok jom kita tinjau resepi bonda


BAHAN-BAHAN (10 ORANG)
1 1/2 bawang merah
3 ulas bawang putih
3 ruas ibu jari halia
2 bunga lawang
2 batang kayu manis
sedikit bunga cengkih
ayam anggaran untuk 10 orang makan
3 batang Daun sup daun bawang anggaran
Kiub.stock ayam

CARA-CARA
blender bawang, halia dan bawang putih sehingga lumat
panaskan minyak di dalam periuk
setelah panas, masukkan bahan yang telah di blender tadi
biar garing sedikit. masukkan pula bunga lawang, kayu manis, dan bunga cengkih
biar seketika.
masukkan ayam yang telah dibasuh
masukkan garam 1 sudu besar dan gula setengah sudu besar
setelah ayam seakan sudah sedikit masak
masukkan air sehingga 3/4 periuk masukkan stock ayam
biar sehingga mendidih
tambahkan garam/ gula jika kurang rasa
setelah itu daun sup yang telah dicincang halus bolehla ditabur pada hidangan lebih enak jika ditambah bawang goreng bersama. boleh juga menggunakan sup bunjut adabi yang dijual dikedai-kedai nagi menggantikan bunga lawang, kayumanis, bunga cengkih. tetap juga memerlukan bahan-bahan yang telah diblender tadi.






No comments: