Thursday, 16 January 2014

BUTTERCREAM CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat yang di sayangi Allah sekalian. Apa khabar? Lama dah saya tak mengupdate kolecsi ceritera masakan dari air tangan sendiri. So hari ni nak update satu lagi kek yang saya buat sendiri tapi first time menggunakan buttercream. Selama ni saya buat kek berunsur cheese dan coklat atas permintaan dan order. Kali ini Saya menggunakan buttercream

Saya menggunakan warna baby blue untuk kek saya kali ini.Kek ini saya buat khas untuk rakan sekerja saya. Disebabkan isteri dia jauh dari mata, jadi kek ini kawan baik saya syorkan untuk mengadakan sambutan kecil untuk dirinya.

Apapun, alam pekerjaan adalah alamyang penuh cabaran. Jika tiada rakan sekerja yang mebantu atau meberi semangat, saya kira kekuatan yang ada mungkin hilang. Saya bersyukur dikurniakan rakan-rakan sekerja yang sangat baik. Sentiasa memperingatkan tentang kebenaran dan berpesan-pesan tentang kesabaran. Alhamdulillah.bukan semua orang mendapat rezeki mempunyai kawan sekeliling yang baik. namun, Allah mengizinkan bagi saya. Syukur tidak terhingga

Dah melamun jauh, Ok, warna biru yang saya pilih kerana pada pandangan naif saya, warna biru sangat soft, mendamaikan, menenangkan, namun ada ketika boleh nampak garang dan strong. Sepetinya lautan, sangat menenangkan dan mendamaikan, tapi apabila ditakdirkan Allah dia mampu menghapuskan ribuan nyawa bahkan harta benda dengan sekali hempasan diri ke darat. Subahanallah..

Kek yang saya buat ni ada 4 layer, saya layerkan dengan coklat mousse. Setelah itu saya letakkan buttercream disekeliling termasuklah deco.Saya gelapkan sedikit biru untuk alunan ombak disekeliling kek. dan masukkan sedkit warna pink untuk menaikkan kemeriahan kek tersebut.Resepi buttercream boleh dapat di bawah.

RESEPI BUTTERCREAM

BAHAN-BAHAN
250g Creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden syrup
80g butter

CARA-CARA
Potong kecil-kecil butter, campurkan creamwell, gula dan golden syrup dan mix kan sehingga kembang. lepastu warnakan dengan warna pilihan. Selamat mencuba..




No comments: