Assalamualaikum semua moga sentiasa dalam Rahmat Ilahi hendaknya. Alhamdulillah, dapat lagi menulis untuk sambunngan Bangkok part 3. Memang kalau ikotkan hati nak je completekan journey story ni satu part je. tapi masa sangat mencemburui. Ckupla 40 minit rehat apapun Alhamdulillah dapat juga share. dah macam cerita korea kan, banyak part nak share.hehehe.
Ok la, this part, saya combine 3 days punya cerita ya, Wednesday, Thurday and Friday..So tak yah la nak ber part-part lagi kan.
WEDNESDAY
After selesai joint check dengan Toyota Manufacturing Asia Pacific, kitorang balik ke hotel. Memandangkan TMAP lebih dekat berbanding SEWT dengan hotel, jadi kami ni dapat tidur sekejap je dalam van. Heheheeh. Jujur cakap, walaupun hotel selesa, tapi x sama lenanya dengan ada di rumah. Jadi tu lah sebabnya tiduraje kerja kitorang. lagipun sebabkan dah jalan-jalan malam balik lambat and penat kan. itu je peluang yang ada untuk berjalan.
dari asok ke Siam |
memandangkan tiada aktiviti yang mencabar, all engineers decide untuk makan di Siam Paragon. One of the hypermall antara 4 hypermall di bangkok ni. macam yang saya cakap before this, Siam paragon, Siam center, MBK mall and Terminal 21. Jadi kami terus amik tiket ke Dari Asok ke National Stadium untuk ke Siam Paragon Shopping Mall.
view di siam paragon mall |
Sesampainya di sana,ha...mata mula lah melilau, cari tempat bergambar. Ya Allah, Creativenya Allah bagi pada manusia ni untuk decorate mall ni jadi macam unique. Every single side sangat bberseni. Serius. Setiap tempat makan dia pun or cafe pun sangat cantik2. Serius cantik. Deco yang sangat berseni. saya pun tak ley nak explain dengan by words how beatiful it is. bUt its really nice.
beberapa view yang menarik |
Nasib baik ada shart, photographer yang rajin sesangat snap pic. Hehehe..so dapatla bergambar kat side yang saya rasa suka.n cantik so bolehla tengok ya. Sambil bergambar sambil cari makanan. ok kat sini kena pandai pilih ya. taks semua makanan halal. kalau Makanan tu berunsurkan ayam, saya memang elak. Sebab tak sahih ayam yang slaughter or not.Saya was-was sikit. So cari punya cari kami jumpa kedai Tomyam Kung. Seaffod semua. Alhamdulillah. Saya pun pesan Tomyam Kung ni. Harga dia lebih kurang 150bath (RM 15) bolehla. Udang dia 2 udang galah, isi ikan lagi and sotong. Serious Fresh. sedap pun sedap. Yang lain makan Keow teow goreng yang serius sedap dengan udang and seafood yang fresh. Awesome. Sangat tempting if bagi tengok gambar.Hehehehehe.
tomyam kung |
lepas je kitorang makan, jejalan sambil tgk2 view sekitar Siam paragon. Balik kitiorang jalan kaki je, tak naik trian.Tempuh je Siam center, MBK MAll and Terminal 21 tu untuk balik ke hotel. balik je hotel terus mandi nak rest untuk esok event.
Thursday adalah hari yang dinantikan, sebab, ni adalah hari last untuk shopping souvenier. ha, bukan untuk dri sendiri, tapi untuk orang lain. Kitorang g sini pun dah ckup gembira n bersyukur, tanpa bayar pape kan. hari ini sama dengan sebelumnya, gerak lepas joint check di TMAP, lepas balik dari sana, solat dulu, kemudian siap dan keluar.kali ni destinasi kitorang adalah ke ASIATIQUE. dikhabarkan kat sini ada 1500 kedai untuk shopping dan sangat cantik n unique.
ENGINEERS |
Untuk ke sana, kitorang ambil train dari ASOK ke THAKSINn, tapi kena transit ke SIAM dulu then ambil train lagi satu untuk ke THAKSIN. tiket nya hanya 42bath. Lenih kurang RM 4.20. Ha sampai je thaksin, akan jalan untuk tunggu boat. Boat ni sama macam kat selat melaka. tapi selat melaka bawa jejalan je kan> ini dia bawa kita g ke ASIATIQUE tu without any payment. DIULANGI PERCUMA YA. hehehe..pergi balik pun FREE. Sambil nak tunggu boat tu banyakla private boat yang cantik2 kat situ. CHATRIUM hotel, berlampu2. Oh lupa sungai yang kami lalu naik boat ni adlaah sungai Chow Prayar. Bukan sungai Mekong ye. Mengikut kata Engineers saya nila.hehehe.
SOUVENIER |
VIEW SEKITAR ASIATIQUE |
So sampai dah kat Asiatique, aktiviti membeli belah bermula dengan pantas sebab semua kedai dah nak tutup.Kami sampai kat sana dalam 9.00pm. malangnya kedai kat sini tutup dalam 10.30pm waktu bangkok Disadvantagenya tak dapat nak shop lelame. Advantagenya, dapat barang murah giler giler. Alhamdulillah. Tapi compare dengan NANA street, sini murah lagi. contohnya kan kan NANA RM 25, kat sini boleh dapat RM 10. Ha. impress kan?murahkan. baju yang cantik2 and unique pun murah. So kat sana, sempatla beli, macam2 souvenier untuk sahabat handai dan orang2 tersayang.
So setelah itu kami pun balik dengan penuh senyuman, sebab apa yang kami nak dah dapat. Owh lupa, last boat service 1130pm if not mistake. jadi jangan lambat ye. Kalau tak kena tinggal,hehehe.
FRIDAY
Hari terakhir untuk menghabiskan sisa-sisa di bangkok ni. memandangkan flight pukul 3, kami pun pagi2 lepas bfast kat hotel, terus g jejalan ke terminal 21.Ingatkan shopping complex biasa je. RUPANYAAAAAA. syantik sesangat..huaaa...rugi tak g awal2.
DECO dia, setiap level ada tema Contoh level Groundfloor Departure Cuba, sampai je level tu, tema cuba la. LEVEL 2, LONDON, departure sign masa nak naik elevator tu. sampai je tengok tema london. Dengan london bridge, dengan double decker bus,Macam london betul.
ISTANBUL LEVEL |
Kemudian level atas SAN FRANCISCO pulak. Yang terkilan tak dapat g adlaah atas sekali HOLLYWOOD planet. tak dapat nak tengok deco.tapi tak pe.puas hati dah dapat g. Padahal ni paling dekat dengan hotel.
SAN FRANSCISCO LEVEL |
Sementara tu, sempatla makan aiskrim mangga dengan pulut. Kat sini, memang ruji mereka makan aisikrim ke buah mangga ke dengan pulut ni. Saya cari tak jumpa pulut+santan+mangga. So aiskrim mangga dengan pulut pun dah ok.hehehe
AISKRIM + PULUT
|
Kemudian bersiap untuk pulang malaysia. I Miss Malysia So Much. TAk sabar nak balik. nak makan makanan Malaysia.heheeh
So itulah ceria lima hari 4 malam di bangkok penuh suka duka. Alhamdulillah pergi n balik dengan selamatnya.Apapun, PLEASE ENSURE your luggage muatan untuk pulang ckup ya, sebab saya terlebih 3 kilo, so kena la hand carry, nasib baik la ada bawa beg spare. Shopping sakan punya pasal.hihihi. Apapun..sangat best...berada di bangkok. Alhamdulillah nikmat berjalan di bumi Allah yang sangat luas ini.
---------------------THE END--------------------
No comments:
Post a Comment