Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah baru ada kesempatan untuk mencoret sedikit sebanyak pengalaman di bumi jiran. Bangkok-Thailand.Rezeki dari Allah untuk kesana bekerja, sambil melancong dan menikmati keindahan serta nuansa lukisan Alam yang Allah pinjamkan sementara di dunia ini. Saya sharekan serba sedikit pengalaman supaya if ada yang pergi sana, at least ada la guideline sikit dari pengalaman saya ni.hehehe. Walaupun pergi dengan officemate yang semuanya lelaki dan suami orang, tapi still enjoy my trip.Alhamdulillah ada kesempatan.
Apapun tempat yang paling saya idamkan untuk berkunjung adalah makkah. Moga Allah izinkan saya kesana dalam masa yang terdekat dengan mama tercinta.
Hari pertama menjejakkan kaki ke bangkok adalah jam 4.00pm waktu bangkok dan di malaysia sudah 5.00pm plus minus. maknanya Malaysia cepat satu jam dari masa thailand. Saya sempat menikmati Machiatto Latte bagi menghilangkan dahaga . Serius coffe di sini sangat sedap..MasyaAllah.. Sampainya disana, kena beratur ya amik teksi. beratur yang agak panjang. Tapi walaupun banyak lane and panjang, service agak cepatla. Untuk yang baru sampai, sampai ja sana, terus je on WIFI, masuk AISairport wifi, g kat internet terus je register, so kat airport dah boleh wifi. mudahla untuk wifi dengan sahabat, keluarga, dan yang tersayang.
Memandangkan company bookingkan kami TAI PAN HOTEL, jadi dengan keadaan Bangkok yang macam Kuala Lumpur, sangat sibuk dan jam, amatla jam sekali. Tambahan pula hotel kami di tengah bandaraya. Agak mencabar buat kami yang dah lemau dalam perjalanan. Mujurla driver tu ikut highway. Tapi highway, kita yang kena bayar tolnya tau. Memang macam tu. Kalau tak ikut jalan biasa, tak taula sampai ke tak nanti,sbb petang2 sangat Jam.
Setelah hampir 45minit, kami melalui jalan SUKUMVHIT iaitu jalan yang membawa kami ke TAI PAN Hotel. Sesaknya jalan, sama macam sesaknya jalan baru balik kerja dari Kuala Lumpur. Apapun Alhamdulillah sampai sudah. Sesampainya, kami check in, dan masuk ke dalam Hotel. Masa check in, dia akn bagi sekali password untuk wifi dan wifi ni valid untuk 2 days sahaja. Nanti, 2 days after, di akan bagi password yang baru or lain. Macam hotel biasala kan. Lega rasanya dapat merebahkan diri kerana cramp di dalam kereta yang kami naiki tadi. Setelah Usai solat Maghrib, Saya bersiap untuk Dinner malam itu. Restoran yang kami tuju ada di MBK shopping Mall, iaitu restoran Yana. Masakan Muslim. alhamdulillah, makanannya pun menarik dan puas hati. Ramai warga Malaysia yang makan di situ untuk mengelakkan rasa was-was makan di tempat lain.

Owh sebelum terlupa. Untuk ke restoran tersebut, kami berjalan lebih kurang 10 mint dari Hotel ke stesyen Train. Station train tersebut sama je dengan di KL putra, komuter semua tu. cuma di sana masih menggunakan sistem kad, kita dah guna token kan. Keadaan sama macam di kuala lumpur. Cuma disini orang2nya lebih berfashion dan berskirt. Di Malaysia majoriti memakai tudung. Kami mengambil train ke stesyen Siam untuk ke MBK Mall. So sampaila ke shopping mall tadi.
Rupanya shopping mall sangat berdekatan. antara satu sama lain. Ibaratnya boleh habis gaji dalam sehari.heheehe.. sebabnya, Siam paragon, Siam Center, MBK Mall dan Terminal 21 mall tembus menembus antara satu sama lain. dan setiap mall sangat cantik dengan tema masing2. Sangat menarik dan Unik so masa balik, kami memang melaui setiap mall dan tembus ke jalan untuk pulang ke hotel, Even penat, tapi berbaloi. balik semua cari air kat depan hotel dek kerana kepenatan berjalan. Nasibla ada 4 bodyguard semuanya suami orang yang escort saya. Selamat la rasanya. Alhamdulillah.Sempatla juga bergambar di mall..so selesai part 1..to be continue
No comments:
Post a Comment