Sunday, 31 May 2015

BANANA CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum semua, Memandangkan hari minggu adalah hari santai-santai, lepas balik kerja tetiba rasa tekak nak makan banana Chocolate cake yang resepi saya intai dari IzaAkma SKK. Alhamdulillah resepi sangat sedap dan saya suka, orang lain pun suka juga makan. Boleh la makan dengan tea 0 untuk yang suka sangat dengan tea O tu. hehhehehe. So jom tengok resepi,


BANANA CHOCOLATE CAKE
Bahan A
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula castor
1/4tsp soda
1tsp baking powder
Bahan B
2 biji telur gred A (dipukul sedikit)
3 biji pisang dilenyek - saya buat 5 biji pisang
1/2 cawan butter dicairkan
1 tsp esen vanilla - saya guna butter vanilla
Bahan C
1/2 cawan chocolate chip
CARA-CARA
1. Gaulkan Bahan A rata
2.Kemudian campurkan bahan B dan kacau menggunakan spatula kayu
3.Masukkan campuran A ke dalam B menggunakan Kaedah kaup balik
4.Masukkan bahan C kemudian gaul rata
5.Tuang adunan dalam loyang dah di alas kertas minyak dan disapu butter
6. Bakar selama 40minit suhu 160/ sehingga masak
Selamat Mencuba ya



WEDDING CAKE 2 TIER -TURQOISE



BAHAGIAN ATAS 1.8KG
BAHAGIAN BAWAH 2.2 KG
Assalamualaikum semua, diharapkan sihat dan sentiasa di dalam rahmat Ilahi. Moga rezeki bertambah, dan kesihatan juga sentiasa bertambah. Ramadhan pun hampir tiba tak lama je lagi. Berdoalah agar Allah memberi kita kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan yang kali ini. Moga dapatlah kita berjumpa dengan ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari saja lagi.

Memandangkan bulan may ramai yang mengambil date ini untuk mendirikan masjid, Alhamdulillah saya juga tidak terkecuali menyediakan 2 tier wwedding cakes untuk sahabat sekerja saya. Warna tema adalah turqoise,jadi, saya gabungkan turqoise and white as a combination.

Rasanya combination ni sangat menyerlah ALhamdulillah tak salah pemilihan saya.Apapun, sangat seronok membuat kek dengan buttercream, kerana ia bermain dengan kretiviti, untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi 0124094744

Monday, 18 May 2015

CHOCOLATE INDULGANCE


Assalamualaikum semua, Moga sentiasa di dalam rahmat Allah hendaknya. Alhamdulillah semalam dapat juga siapkan satu biji kek, chocolate indulgance untuk officemate mak mertua dan kawan mak mertuanya. So alhamdulillah siap.Apapun terima kasih untuk Kak Wa kerana menempah dan sudi mengambil tempahan.
Silalah melihat ye. Deconya fondant.
 Size cake 10inch, berat 1.7kg total. Cake chocolate indulgance


Sunday, 17 May 2015

ITS A PLANT !!!!! IM LOVING IT


Assalamualaikum semua. Moga sentiasa di dalam rahmat ilahi dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya. Bersyukur atas rezeki dan nikmat yang telah Allah kirimkan sehingga ke hari ini. Appaun cerita hari ini mengenai routine sy yang baru semenjak isnin lalu.

Memandangkan ada orang menghadiahkan saya satu hadiah yang unique untuk saya jaga, jadi, dah jadi tanggungjawab saya untuk menjaga nya. " its need Water, Light and Love" and its a plant. We call this plant clover if im not mistaken. sebab daunnya semua berbentu love shape.

Nak ceritanya disini, sangat seronok sebenarnya ada plant ni. tengok plant tu membesar depan mata Subhanallah, membuatkan kita kembali pada Pencipta Agung. Subhanallah. plant ini, dah ada satu set dalam botol yang boleh dibuka. Dia bagi satu beg tanah and seed. Tanah ni macam special sikit sebab dia macam serap air tu once dah terbalikkan bottle tu ke dalam air.

Hari kedua, benih tu dah mula menampakkan hasil untuk berputik. Konsep sangat simple and eco. Dan sangat rasa seronok sebab plant tu dari hari ke hari nampak dia grow up depan mata. MasyaAllah. So Boleh refer kat  www.ecoey.com. blog untuk further information.

Selamat menanam. Memandangkan orang yang bagi ni tak bagitau kat mana dia beli, secretive sangat, jadi saya pun tak tau kat mana nak cari. Rasanya area K.L kot.Plant Pet.

i really love and appreciate it. Thank you so much for the wonderfull gift.

MY BESTFRIEND EVER WEDDING BARAKALLAHULAKUM

Assalamualaikum semua moga dilimpahi rezeki dan rahmat. Bulan May ini adalah mUsim orang-orang mendirikan masjid serta merapatkan silaturrahim.Barakallhulakum buat kalian yang diberi rezeki oleh Allah untuk hidup berpasangan dan melangkah ke alam yang baru. Moga Ikatan yang dibina dilimpahi Mawaddah Wa Rahmah dan kekal hingga ke syurga. Moga ada kesempatan untuk saya juga membina masjid sepeti sahabat di luar sana. Moga Allah mudahkan dan memberikan yang terbaik buat saya.InshaAllah. Saya yakin, setiap kesedihan itu akan diganti dengan kegembiraan yang juga turut diberi oleh Dia.

Alhamdulillah Tanggal 9 May 2015 adalah perkahwinan my bestfriend Shafina Cazrina Bt Shamsul Bakri. Ini adalah bestfriend saya semenjak saya menjejakkan kaki di Matrik UIA sehingga ke hari ini. Hampir 8 tahun persahabatan dan ukhwah yang dibina. Pahit manis suka dan duak kami tempuh sepanjang bergelar seorang student di UIA. Demi Allah, inilah sahabat terbaik yang saya ada antara yang terbaik.

Mesti kalian pelikkan kenapa saya abadikan beliau di dalam blog saya? sebab saya tak rasa untuk melupakan kenangan kami sepanjang belajar, sehingga ke hari ini. 3 tahun kami kelas bersama. lecturer yang sama, kelas yang sama, kawan2 yang sama, dan masa di main campus gombak, 2nd year, kami ambil major yang lain, saya manufacturing, dan nana Automotif. Walaupun jauh, dan tak sama kelas, masih berhubung. Ada masalah je mesti call.

Tak kisahla masalah kawan, masalah lecturer ke, apa saja masalah mesti share. Bila jumpa, mesti cerita tak habis. Rasa serasi tu sangat banyak. Rasa sayang sy terhadap sahabat saya yang satu ini Allah berikan sangat unik. Sungguh. Saya tak pernah rasa jemu untuk berkawan dengannya. 
Tudung kuning Ni Nabila Huda, or Bell, dia yang andam saya dan fesyenkan tudung kami di dalam gambar ni
. Kredit untuk Bell !!

masa saat dia bagitahu tentang perkahwinannya, saya rasa berat hati untuk ke sana. Saya tak mahu pergi sesiapa student UIA berkahwin. itu janji saya. Saya tiada kekuatan untuk itu. Demi allah saya tiada kekuatan untuk berhadapan dengan semua orang. tapi bila mana nana memujuk saya, saya rasa bersalah, dan terus bersetuju. Alhamdulillah, sekarang Allah dah pun kirimkan bahagia buat saya. Tidak tahu selama mana Allah berikan dan pinjamkan, saya sentiasa bersyukur. Nikmat rasa Sayang itu Allah berikan untuk saya terus bahagia. Benar. Itu semua dugaan untuk dapat yang terbaik dan to be better. InshaALLAH.


Automotive students plus Manufacturing student (sy sorang je wink wink)

Inilah sahabat saya Sahfina Cazrina Shamsul Bakri disatukan dengan pasangannya Azraei Samad. Tempatnya di D'Sangkot Villa Hulu Langat.  BAju ditempah di D'Belai Spa and Bridal Creation. Baju Dusty Pink tu. Rasanya tempat ni selesa, untuk orang yang rumahnya kondo or apartment, buat di sini senang, terus aje villa dan mudah bagi pihak keluarga. cumanya nak angkut barang la seksa sikit. Tapi mudahnya sebab bersiap kat sini, homestay untuk family yang lain pun ada sekitar tu juga. Kena survey. Moga yang mendirikan masjid yang lain juga, sentiasa bahagia hingga syurga. Mabruk!!!

Saturday, 16 May 2015

BANGKOK THAILAND BEKERJA SAMBIL MELANCONG PART 3

Assalamualaikum semua moga sentiasa dalam Rahmat Ilahi hendaknya. Alhamdulillah, dapat lagi menulis untuk sambunngan Bangkok part 3. Memang kalau ikotkan hati nak je completekan journey story ni satu part je. tapi masa sangat mencemburui. Ckupla 40 minit rehat apapun Alhamdulillah dapat juga share. dah macam cerita korea kan, banyak part nak share.hehehe.

Ok la, this part, saya combine 3 days punya cerita ya, Wednesday, Thurday and Friday..So tak yah la nak ber part-part lagi kan.

WEDNESDAY

After selesai joint check dengan Toyota Manufacturing Asia Pacific, kitorang balik ke hotel. Memandangkan TMAP lebih dekat berbanding SEWT dengan hotel, jadi kami ni dapat tidur sekejap je dalam van. Heheheeh. Jujur cakap, walaupun hotel selesa, tapi x sama lenanya dengan ada di rumah. Jadi tu lah sebabnya tiduraje kerja kitorang. lagipun sebabkan dah jalan-jalan malam balik lambat and penat kan. itu je peluang yang ada untuk berjalan.
dari asok ke Siam

memandangkan tiada aktiviti yang mencabar, all engineers decide untuk makan di Siam Paragon. One of the hypermall antara 4 hypermall di bangkok ni. macam yang saya cakap before this, Siam paragon, Siam center, MBK mall and Terminal 21. Jadi kami terus amik tiket ke Dari Asok ke National Stadium untuk ke Siam Paragon Shopping Mall.

view di siam paragon mall
Sesampainya di sana,ha...mata mula lah melilau, cari tempat bergambar. Ya Allah, Creativenya Allah bagi pada manusia ni untuk decorate mall ni jadi macam unique. Every single side sangat bberseni. Serius. Setiap tempat makan dia pun or cafe pun sangat cantik2. Serius cantik. Deco yang sangat berseni. saya pun tak ley nak explain dengan by words how beatiful it is. bUt its really nice.

beberapa view yang menarik
Nasib baik ada shart, photographer yang rajin sesangat snap pic. Hehehe..so dapatla bergambar kat side yang saya rasa suka.n cantik so bolehla tengok ya. Sambil bergambar sambil cari makanan. ok kat sini kena pandai pilih ya. taks semua makanan halal. kalau Makanan tu berunsurkan ayam, saya memang elak. Sebab tak sahih ayam yang slaughter or not.Saya was-was sikit. So cari punya cari kami jumpa kedai Tomyam Kung. Seaffod semua. Alhamdulillah. Saya pun pesan Tomyam Kung ni. Harga dia lebih kurang 150bath (RM 15) bolehla. Udang dia 2 udang galah, isi ikan lagi and sotong. Serious Fresh. sedap pun sedap. Yang lain makan Keow teow goreng yang serius sedap dengan udang and seafood yang fresh. Awesome. Sangat tempting if bagi tengok gambar.Hehehehehe.
tomyam kung

lepas je kitorang makan, jejalan sambil tgk2 view sekitar Siam paragon. Balik kitiorang jalan kaki je, tak naik trian.Tempuh je Siam center, MBK MAll and Terminal 21 tu untuk balik ke hotel. balik je hotel terus mandi nak rest untuk esok event.


on the way jalan balik tembus Siam center MAll
THURSDAY

Thursday adalah hari yang dinantikan, sebab, ni adalah hari last untuk shopping souvenier. ha, bukan untuk dri sendiri, tapi untuk orang lain. Kitorang g sini pun  dah ckup gembira n bersyukur, tanpa bayar pape kan. hari ini sama dengan sebelumnya, gerak lepas joint check di TMAP, lepas balik dari sana, solat dulu, kemudian siap dan keluar.kali ni destinasi kitorang adalah ke ASIATIQUE. dikhabarkan kat sini ada 1500 kedai untuk shopping dan sangat cantik n unique.

ENGINEERS
Untuk ke sana, kitorang ambil train dari ASOK ke THAKSINn, tapi kena transit ke SIAM dulu then ambil train lagi satu untuk ke THAKSIN. tiket nya hanya 42bath. Lenih kurang RM 4.20. Ha sampai je thaksin, akan jalan untuk tunggu boat. Boat ni sama macam kat selat melaka. tapi selat melaka bawa jejalan je kan> ini dia bawa kita g ke ASIATIQUE tu without any payment. DIULANGI PERCUMA YA. hehehe..pergi balik pun FREE. Sambil nak tunggu boat tu banyakla private boat yang cantik2 kat situ. CHATRIUM hotel, berlampu2. Oh lupa sungai yang kami lalu naik boat ni adlaah sungai Chow Prayar. Bukan sungai Mekong ye. Mengikut kata Engineers saya nila.hehehe.

SOUVENIER
VIEW SEKITAR ASIATIQUE
So sampai dah kat Asiatique, aktiviti membeli belah bermula dengan pantas sebab semua kedai dah nak tutup.Kami sampai kat sana dalam 9.00pm. malangnya kedai kat sini tutup dalam 10.30pm waktu bangkok Disadvantagenya tak dapat nak shop lelame. Advantagenya, dapat barang murah giler giler. Alhamdulillah. Tapi compare dengan NANA street, sini murah lagi. contohnya kan kan NANA RM 25, kat sini boleh dapat RM 10. Ha. impress kan?murahkan. baju yang cantik2 and unique pun murah. So kat sana, sempatla beli, macam2 souvenier untuk sahabat handai dan orang2 tersayang.

So setelah itu kami pun balik dengan penuh senyuman, sebab apa yang kami nak dah dapat. Owh lupa, last boat service 1130pm if not mistake. jadi jangan lambat ye. Kalau tak kena tinggal,hehehe.

HELLO HELLO
Sampai je hotel, bolehla terus online share gambar dengna family and orang tersayang ye..hehehe

FRIDAY 
Hari terakhir untuk menghabiskan sisa-sisa di bangkok ni. memandangkan flight pukul 3, kami pun pagi2 lepas bfast kat hotel, terus g jejalan ke terminal 21.Ingatkan shopping complex biasa je. RUPANYAAAAAA. syantik sesangat..huaaa...rugi tak g awal2.


DECO dia, setiap level ada tema Contoh level Groundfloor Departure Cuba, sampai je level tu, tema cuba la. LEVEL 2, LONDON, departure sign masa nak naik elevator tu. sampai je tengok tema london. Dengan london bridge, dengan double decker bus,Macam london betul.


LONDON LEVEL

 Level 3 Istanbul, Penuh lampu2. Huaaa..cantik sangat, tapi terpisah dengan Shart photographer. Terpaksala tangkap sendiri..hihihi.

ISTANBUL LEVEL
Kemudian level atas SAN FRANCISCO pulak. Yang terkilan tak dapat g adlaah atas sekali HOLLYWOOD planet. tak dapat nak tengok deco.tapi tak pe.puas hati dah dapat g. Padahal ni paling dekat dengan hotel.

SAN FRANSCISCO LEVEL

Sementara tu, sempatla makan aiskrim mangga dengan pulut. Kat sini, memang ruji mereka makan aisikrim ke buah mangga ke dengan pulut ni. Saya cari tak jumpa pulut+santan+mangga. So aiskrim mangga dengan pulut pun dah ok.hehehe

AISKRIM + PULUT


Kemudian bersiap untuk pulang malaysia. I Miss Malysia So Much. TAk sabar nak balik. nak makan makanan Malaysia.heheeh


So itulah ceria lima hari 4 malam di bangkok penuh suka duka. Alhamdulillah pergi n balik dengan selamatnya.Apapun, PLEASE ENSURE your luggage muatan  untuk pulang ckup ya, sebab saya terlebih 3 kilo, so kena la hand carry, nasib baik la ada bawa beg spare. Shopping sakan punya pasal.hihihi. Apapun..sangat best...berada di bangkok. Alhamdulillah nikmat berjalan di bumi Allah yang sangat luas ini.


---------------------THE END--------------------




Thursday, 14 May 2015

BANGKOK THAILAND BEKERJA SAMBIL MELANCONG PART 2

Assalamualaikum semua..Moga-moga sentiasa di dalam rahmat Ilahi dan keberkatanNya. Tak lama lagi Syaaban menjengah. Moga bersedia untuk menghadapi bulan ramadhan Bulan Rahmat. Menyambung kisah thailand part 2 yang mengambil agak lama. New developement dah bermula, maka tuan dri pun terlalu sebuk dengan pelbagai kerja.Alhamdulillah nikmat kesihatan yang Allah beri untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk hari kedua di bangkok, pagi-pagi lagi saya berjalan ke luar TAI PAN Hotel untuk saje2 mengambil angin. dan melihat kawasan sekitar. Aktiviti bergambar pun bermula. Jam di sana masih 6.30 pg, tapi seperti sudah pkul 8.00 pg. So saya berjalan sekitar dan mengambil breakfast di hotel kerana jam 9.30 pagi driver akan membawa kami ke Sumitomo Wiring Thailand. Kiranya di Malaysia waktu 9.30 pg thailand itu adalah 10.30pg di Malaysia.

Setelah bersiap, kami semua terus ke SEWT. perjalanan selama 3 jam. Tidur je sepanjang perjalanan. kiri dan kanan sama macam highway kita juga. cuma di sini jalan luar ke dalam ke boleh celok-celok. kelakar pun ada juga. dan keadaan jalan raya bersih sahja walaupun lori banyak kat jalan raya. Setelah urusan kami di SEWT selesai, pulang ke bangkok  sukhumvit balik. Ya Ampun, jalan memang jam. Kami dah ada di dalam van hampir 4.5 jam. tapi tempuh ajela kan.nak buat macamana.

Setelah usai solat maghrib dan isya, kami pun bergerak mencari makanan untuk hari kedua. hari kedua kami semua decide untuk makan di Arab street. Ha kat sini macam banyak restoran arab dan macam2 barangan yang ornag arab jual. Menarik. Macam Capal, baju, Jubah. Ha adalah, macam2 tempat makan pun semua orang arab. kebab la Nasi beriyani la. Saya pun try Nasi beriyani ayam.Hurm, Beras nya panjang-panjang. hehehe...samela dengan kita makan kat Malaysia, cuma feel bangkok aje.

Untuk kearab street, kami berjalan kaki dari Hotel ke stesyen ASOK dan turun ke stesyen NA NA tak silap dalam 31 bath je. so dari NA NA, kami berjalan cari arab street, sambil2 beli souvenier. Dekat Na Na ni, banyak jual souvenier, contohnya  T-shirt, gelang, fridge magnet dan lain2. kena pandai cari dan tawar, cakap kat dia nak harga berapa. If dia tak nak bagi, terus cakap, x pelah cari kat tempat lain. Pastu mesti dia panggil balik. Haaaa...tu strategy dia ekh..guarantee dapat murah.kuikuikui

Setelah selesai, kami berjalan sekitar2 tu dan balik ke hotel. Diwajibkan kepada para wanita, gegirl di luar sana untuk memakai sling bag semasa berjalan-jalan dikhuatiri ada penyeluk saku. lagi satu kebanyakan kita akan jalan melalui street, jadi jalan sangatsempit, dan sukar nak lalu. possibility untuk handbeg anda yang vogue de vass terjatuh or ditarik orang amatla besar. melainkan anda semua jalan hanya di shopping complex, tak da masalah untuk membawa handbag. 
 
Sementara tu selalunya kitorang lepaking di Lobby sebab Wifi kat hotel x berapa laju, susah nak whatsap or call whatsapp. Bolehla yer nak call orang2 tersayang di lobby tu.hehehe... Selesai sudah Part  two...to be continue..

Tuesday, 12 May 2015

BANGKOK THAILAND -BERKERJA SAMBIL MELANCONG PART 1

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah baru ada kesempatan untuk mencoret sedikit sebanyak pengalaman di bumi jiran. Bangkok-Thailand.Rezeki dari Allah untuk kesana bekerja, sambil melancong dan menikmati keindahan serta nuansa lukisan Alam yang Allah pinjamkan sementara di dunia ini. Saya sharekan serba sedikit pengalaman supaya if ada yang pergi sana, at least ada la guideline sikit dari pengalaman saya ni.hehehe. Walaupun pergi dengan officemate yang semuanya lelaki dan suami orang, tapi still enjoy my trip.Alhamdulillah ada kesempatan.

Apapun tempat yang paling saya idamkan untuk berkunjung adalah makkah. Moga Allah izinkan saya kesana dalam masa yang terdekat dengan mama tercinta.

Hari pertama menjejakkan kaki ke bangkok adalah jam 4.00pm waktu bangkok dan di malaysia sudah 5.00pm plus minus. maknanya Malaysia cepat satu jam dari masa thailand. Saya sempat menikmati Machiatto Latte bagi menghilangkan dahaga . Serius coffe di sini sangat sedap..MasyaAllah.. Sampainya disana, kena beratur ya amik teksi. beratur yang agak panjang. Tapi walaupun banyak lane and panjang, service agak cepatla. Untuk yang baru sampai, sampai ja sana, terus je on WIFI, masuk AISairport wifi, g kat internet terus je register, so kat airport dah boleh wifi. mudahla untuk wifi dengan sahabat, keluarga, dan yang tersayang.

Memandangkan company bookingkan kami TAI PAN HOTEL, jadi dengan keadaan Bangkok yang macam Kuala Lumpur, sangat sibuk dan jam, amatla jam sekali. Tambahan pula hotel kami di tengah bandaraya. Agak mencabar buat kami yang dah lemau dalam perjalanan. Mujurla driver tu ikut highway. Tapi highway, kita yang kena bayar tolnya tau. Memang macam tu. Kalau tak ikut jalan biasa, tak taula sampai ke tak nanti,sbb petang2 sangat Jam.



Setelah hampir  45minit, kami melalui jalan SUKUMVHIT iaitu jalan yang membawa kami ke TAI PAN Hotel. Sesaknya jalan, sama macam sesaknya jalan baru balik kerja dari Kuala Lumpur. Apapun Alhamdulillah sampai sudah. Sesampainya, kami check in, dan masuk ke dalam Hotel. Masa check in, dia akn bagi sekali password untuk wifi dan wifi ni valid untuk 2 days sahaja. Nanti, 2 days after, di akan bagi password yang baru or lain. Macam hotel biasala kan.  Lega rasanya dapat merebahkan diri kerana cramp di dalam kereta yang kami naiki tadi. Setelah Usai solat Maghrib, Saya bersiap untuk Dinner malam itu. Restoran yang kami tuju ada di MBK shopping Mall, iaitu restoran Yana. Masakan Muslim. alhamdulillah, makanannya pun menarik dan puas hati. Ramai warga Malaysia yang makan di situ untuk mengelakkan rasa was-was makan di tempat lain.

Owh sebelum terlupa. Untuk ke restoran tersebut, kami berjalan lebih kurang 10 mint dari Hotel ke stesyen Train. Station train tersebut sama je dengan di KL putra, komuter semua tu. cuma di sana masih menggunakan sistem kad, kita dah guna token kan. Keadaan sama macam di kuala lumpur. Cuma disini orang2nya lebih berfashion dan berskirt. Di Malaysia majoriti memakai tudung. Kami mengambil train ke stesyen Siam  untuk ke MBK Mall. So sampaila ke shopping mall tadi.

Rupanya shopping mall sangat berdekatan. antara satu sama lain. Ibaratnya boleh habis gaji dalam sehari.heheehe.. sebabnya, Siam paragon, Siam Center, MBK Mall dan Terminal 21 mall tembus menembus antara satu sama lain. dan setiap mall sangat cantik dengan tema masing2. Sangat menarik dan Unik so masa balik, kami memang melaui setiap mall dan tembus ke jalan untuk pulang ke hotel, Even penat, tapi berbaloi. balik semua cari air kat depan hotel dek kerana kepenatan berjalan. Nasibla ada 4 bodyguard semuanya suami orang yang escort saya. Selamat la rasanya. Alhamdulillah.Sempatla juga bergambar di mall..so selesai part 1..to be continue