Thursday 6 August 2015

CHICKEN CORNISH MY STYLE


Assalamualaikum semua. Moga sihat hendaknya. Dah masuk pertengahan syawal dah pun. Harapnya semua menjaga makan dan kesihatan. Al maklumla, sekarang kan banyak open house. jadi makan tu kadang-kadang tak beringat. Setakat ni saya tak berkesempatan lagi nak pergi ke open house sesiapa dek sibuk kelas dan aktiviti bersama keluarga. Puasa 6 dah habiskah semua?

 so kali ni nak share chicken cornish yang diambil dari sebuah blog. memandangkan sya terlupa nak copy link, jadi jenuh cari siapa yang saya copy resepi ni. saya selalu terus paste dekat word. jadi tak ingat manablog yang mana satu. InshaAllah kalau jumpa nanti saya update.

CHICKEN CORNISH
Bahan pastri:
250g butter
300ml hot water
500g tepung gandum~saya guna 450g
1st garam

Untuk inti :
3 ketul drumstick
2 biji bawang besar di cincang halus
1 ulas bawang putih di cincang halus
3biji biji kentang besar-dipotong dadu
1/2 batang carraot dicincang dadu
Minyak  utk menumis
Garam gula secukup rasa
3 sudu Rempah kari ikan babas
1 sudu teh tepung gandum-bagi pekat
1 biji kuning telur untuk di sapu kat pastri

Cara-caranya:

Pastri doh
Butter dan air panas di campur bersama.

Masukkan tepung dan garam dalam adunan.Uli hingga sebati dan menjadi doh yg lembut.

Masukkan dalam peti ais selama 30 minit. Sementara buat intinya pulak.

Inti :

Panaskan minyak dalam kuali.

Masukkan bawang merah dan putih yg dah dicincang.

Masukkan serbuk kari dan masak hingga naik bau.

Masukkan daging 3 ketul drumstick,kentang dan carrot  tadi.tuangkan air masak, hingga semua bahan tadi tenggelam.untuk cepatkan kentang lembut, tutup bahan tadi dengan tudung periuk.

Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam dan gula.

Masukkan tepung dan masak hingga agak kering .Biarkan sejuk.

Drumstick tadi dah lembut, carikkan keluar isinya.tujuan saya tak rebus kerana tak nak rasa ayam tu hilang.kalau yang nak rebus dulu pun boleh kemudian gaul.

Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai.Canai doh pastri setebal 5 mm.
Terapkan dengan penerap bulat.

Saya gunakan mangkuk kuah

Letakkan inti di tengah2 doh dan kelimkan tepinya cam buat karipap

Pastu letak dalam loyang yang dah di gris dengan butter.

Buat hingga abis doh dan sapukan semua pastri tu dengan kuning telur.

Panaskan oven pada suhu 180C, dan bakar pastri selama 30 -35 minit atau sehingga warna keperangan.Siap untuk di makan.

Selamat Mencuba!!!

No comments: