Assalamualaikum semua, diharapkan semuanya sihat. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan SALAM MAAL HIJRAH..moga tahun baru ini dapat kita memperbaharui azam tahun baru kita. Jangan takut untuk berubah. Jangan takut untuk berhijrah ke arah yang lebih baik
okla, apapun saya nak share sedikit resepi yang orang lama dah buat dah pun, tapi saya ni aje yang ketinggalan zaman. Maklumlah, waktu yang terhad membuatkan kita amat terhad sekali untuk melakukan sesuatu. Jadi bila ada masa senggang, barulah saya menggunakan kesempatan yang ada untuk berkarya dalam bidang baking saya ni. Alhamdulillah, saya berasa sangat selesa sekarang. Yelah, saya akan sibukkan diri demi melupakan sesuatu yang tidak perlu saya ingant supaya saya terus melangkah ke hadapan. InsyaAllah. Bi iznillah. Moga Allah redha.
ok memandangkan kek yang saya buat ini agak mencabar kekuatan saya dan keupayaan saya, adalah dengan sukacitanya saya memaklumkan kek saya agak success. Alhamdulilah. Walaupun agak macam tak cantik, tapi boleh dikatakan success. untuk orang yang ketinggalan mencuba macam saya ni, boleh refer resepi dapur kak zu atau pun lovely kitchen punya blog ekh.
RAINBOW CARAMEL CAKE
BAHAGIAN ATAS ( KARAMEL )
1 cawan susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder
50 ml minyak jagung @ minyak masak (Saya guna minyak jagung)
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati
MERINGUE ( B )
6 telur putih ( jangan ada walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. saya bahagi adunan kepada 3 adunan dan letakkan pewarna kesukaan saya
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang. (pastikan betul2 sejuk baru terbalik, kalau tak caramel akan berderai)
7. Terbalikkan kek perlahan lahan. Lapkan lebihan air gula yang melimpah jatuh. masukkan kedalam freezer, lepas tu baru makan. Lagi enak bila kek dalam keadaan sejuk.
No comments:
Post a Comment