Sunday 12 October 2014

CARROT CAKE



Assalamualaikum sahabat semua..diharapkan sentiasa di dalam rahmat Ilahi...Moga sentiasa diberi dorongan yang kuat untuk terus-terusan berbakti untuk ummah/ Ok la saya just nak share resepi yang telah saya gunakan untuk menyiapkan kek buat hari lahir classmate tempohari. Alhamdulillah, keknya berhasil sedap dan menyelerakan. Serta berkat hasil tunjuk ajar chef zubaidah dapatlah nak deco cun2 skit..heheheh
Apapun, carrot kek ini adalah kek kegemaran ramai. selalunya ramai yang menggemarinya kerana rasanya tidak terlalu manis disalut pula dengan cream cheese yang enak. Hummmmm memang menyelerakan. Apapun jomlah intai resepi yang telah saya buat dari Chef Izani ini.

CARROT WALNUT CAKE
Sumber : Kak Zu Semanis Gula
Resepi Asal : Chef Ezani


Ayak semua bersama-sama dan ketepikan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda
2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil garam

Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
4 biji telur (sy guna gred b)
1 1/3 cawan gula
1 ½ cawan minyak sayuran (sy guna minyak jagung)
2 ¾ cawan lobak merah diparut
1 cawan kelapa kering (sy tak letak)
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant(sy tak letak)
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)(sy tak letak)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar (sy tak letak)

Cara2
Panaskan oven ke suhu 165°c.
Sediakan bekas pembakar (resipi ini untk kek 10x10 inci atau 13x8 inci, atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau buat cupcakes!
Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.

Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.

Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.

Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)

Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.

Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.

Cream Cheese Ising
200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
2 ½ cawan gula aising, diayak
1 sudu kecil esen vanila

CARA SAYA
500g cream cheese
2 cawan gula icing
120g mentega
2 sudu kecil vanilla essence
(ini saya buat sebab nak tambah deco seperti kek di atas takut tak cukup cheese; itupun ada leboh dan boleh buat lagi satu kek dan toppingkan dengan lebihan cheese itu)

tips melempa kek dengan cheese;
mula-mula pipekan cheese keseluruh kek dengan menggunakan  piping beg.
kemudian ratakan sehingga betul2 rata
setelah rata, masukkan spatula kedalam air pana dan renjis seketika kemudian sapu ke permukaan kek
buat berulang kali. dan sekali celup, sekali rata sahaja. kalau tak tak menjadi.
kemudian kek anda akan nampak berkilat dan rata.
selamay mencuba.

No comments: