Thursday, 2 October 2014

HANTARAN PERTUNANGAN YANG SIMPLE DAN MUDAH

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi yang fana ini walaupun hampir terputus nafas untuk menyelesaikan tugas-tugas di kilang yang tiada sudahnya. Apapun, hidup perlu diteruskan, dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT. Berkat usaha yang gigih, doa dari mama dan diri sendiri, Allah izinkan saya naik pangkat. Memang tak terkata riangnya hati. Alhamdulillah beribu syukur. Moga ini menjadi pembakar semangat untuk lebih berusaha di kemudian hari. Baru aje gembira 2 hari, dengar pulak cerita minyak dah naik. Allah...dugaan kepada saya dan juga orang lain. maklumlah, saya drive ke tempat kerja hampir 25km/day. Walaupun kehidupan dikampung yang tidak setaraf dengan di ibu kota, agak terasa juga duit yang keluar seperti air setiap kali hari gaji tiba. Inikan pula yang duduk di ibu kota yang memerlukan saraan kos yang tinggi. Betul kata mama saya, jadi ENGINEER di kilang kawasan kampung, walaupun tak segah mana seperti di ibu kota, tetapi kita makan, pakai, semuanya ckup. Tak sama dengan Engineer yang disana, walaupun gaji besar, tapi agak parah untuk maintain semua benda. Ok lah..luahan perasaaan dah tamat...heheheeh

So, ini adalah hantaran budget yang saya boleh bagi buat mereka yang merasa budget untuk hantaran. heheheeh...Saja untuk berkongsi hantaran yang agak simple but nice untuk pertunganan or boleh dijadikan hadiah harijadi ke, buah tangan untuk mak mertua ke or hadiah kepada si dia, aku, kamu dan mereka. Hehehe. Alkmaklumlah semuanya serba serbi mahal, jadi ini agak budget, tetapi ckup simple dan cantik.

Saya masukkan element agar-agar yang diletak dalam cawan kecil ditambah strawberyy dan ada whip cream diatasnya. kemudian saya selang selikan dengan cheesetart di dalamnya. Ok!! hasilnya saya berpuas hati. Sebenarnya, saya tak sempat dah nak buat ape2 untuk kawan baik saya ini. Hanya mampu ini sahaja. Apapun, telah selamat menjadi tunagan orang. Alhamdulillah. Apapun menghitung hari menunggu saat tibanya waktu saya. hehehe.. Moga Allah permudahkan segalanya.

No comments: