Sunday, 26 October 2014

RAINBOW CARAMEL CAKE

Assalamualaikum semua, diharapkan semuanya sihat. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan SALAM MAAL HIJRAH..moga tahun baru ini dapat kita memperbaharui azam tahun baru kita. Jangan takut untuk berubah. Jangan takut untuk berhijrah ke arah yang lebih baik

okla, apapun saya nak share sedikit resepi yang orang lama dah buat dah pun, tapi saya ni aje yang ketinggalan zaman. Maklumlah, waktu yang terhad membuatkan kita amat terhad sekali untuk melakukan sesuatu. Jadi bila ada masa senggang, barulah saya menggunakan kesempatan yang ada untuk berkarya dalam bidang baking saya ni. Alhamdulillah, saya berasa sangat selesa sekarang. Yelah, saya akan sibukkan diri demi melupakan sesuatu yang tidak perlu saya ingant supaya saya terus melangkah ke hadapan. InsyaAllah. Bi iznillah. Moga Allah redha.

ok memandangkan kek yang saya buat ini agak mencabar kekuatan saya dan keupayaan saya, adalah dengan sukacitanya saya memaklumkan kek saya agak success. Alhamdulilah. Walaupun agak macam tak cantik, tapi boleh dikatakan success. untuk orang yang ketinggalan mencuba macam saya ni, boleh refer resepi dapur kak zu atau pun lovely kitchen punya blog ekh.


RAINBOW CARAMEL CAKE
BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1 cawan  susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder
50 ml minyak  jagung @ minyak masak (Saya guna minyak jagung)
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati
MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.
 *CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA ( adunan kek )

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. saya bahagi adunan kepada 3 adunan dan letakkan pewarna kesukaan saya
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang. (pastikan betul2 sejuk baru terbalik, kalau tak caramel akan berderai)
7. Terbalikkan kek perlahan lahan. Lapkan lebihan air gula yang melimpah jatuh. masukkan kedalam freezer, lepas tu baru makan. Lagi enak bila kek dalam keadaan sejuk.

Monday, 13 October 2014

CRABSTICK TO GRAB



Assalamualaikum. Nak promo skit pasal crabstick yang dibuat khas dari KEDAH. Fantastic Nyummy and marvelloues taste. Sebenarnya crabstick ni sangat rangup dan bila makan sangat ketagih. Almaklumlah makanan ringan memang macam ni. Cousin saya merupakan seorang usahawan makanan crabstik ni. Selain itu beliau juga mengusahakan roti untuk jualan.


Apapun, boleh beli secara pukal, beliau akan pos, dan harga pos akan di charge. Untuk pembelian yang banyak akan dapat harga lebih murah. Boleh direct PM dia ya;
FB : Crunchybites Corner
IG:crunchybitescorner
Whatsap/telgram:0195408784/0124697784

SEKALI CUBA, PASTI MAHU LAGI....

Sunday, 12 October 2014

CARROT CAKE



Assalamualaikum sahabat semua..diharapkan sentiasa di dalam rahmat Ilahi...Moga sentiasa diberi dorongan yang kuat untuk terus-terusan berbakti untuk ummah/ Ok la saya just nak share resepi yang telah saya gunakan untuk menyiapkan kek buat hari lahir classmate tempohari. Alhamdulillah, keknya berhasil sedap dan menyelerakan. Serta berkat hasil tunjuk ajar chef zubaidah dapatlah nak deco cun2 skit..heheheh
Apapun, carrot kek ini adalah kek kegemaran ramai. selalunya ramai yang menggemarinya kerana rasanya tidak terlalu manis disalut pula dengan cream cheese yang enak. Hummmmm memang menyelerakan. Apapun jomlah intai resepi yang telah saya buat dari Chef Izani ini.

CARROT WALNUT CAKE
Sumber : Kak Zu Semanis Gula
Resepi Asal : Chef Ezani


Ayak semua bersama-sama dan ketepikan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda
2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil garam

Pukul dengan pemukul atau senduk kayu
4 biji telur (sy guna gred b)
1 1/3 cawan gula
1 ½ cawan minyak sayuran (sy guna minyak jagung)
2 ¾ cawan lobak merah diparut
1 cawan kelapa kering (sy tak letak)
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant(sy tak letak)
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)(sy tak letak)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar (sy tak letak)

Cara2
Panaskan oven ke suhu 165°c.
Sediakan bekas pembakar (resipi ini untk kek 10x10 inci atau 13x8 inci, atau anda boleh bahagikan kepada dua bekas kecil, atau buat cupcakes!
Tetapi perlu kurangkan masa membakar untuk kek yang lebih kecil). Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.

Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.

Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.

Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering. (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)

Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.

Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.

Cream Cheese Ising
200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
2 ½ cawan gula aising, diayak
1 sudu kecil esen vanila

CARA SAYA
500g cream cheese
2 cawan gula icing
120g mentega
2 sudu kecil vanilla essence
(ini saya buat sebab nak tambah deco seperti kek di atas takut tak cukup cheese; itupun ada leboh dan boleh buat lagi satu kek dan toppingkan dengan lebihan cheese itu)

tips melempa kek dengan cheese;
mula-mula pipekan cheese keseluruh kek dengan menggunakan  piping beg.
kemudian ratakan sehingga betul2 rata
setelah rata, masukkan spatula kedalam air pana dan renjis seketika kemudian sapu ke permukaan kek
buat berulang kali. dan sekali celup, sekali rata sahaja. kalau tak tak menjadi.
kemudian kek anda akan nampak berkilat dan rata.
selamay mencuba.

Saturday, 4 October 2014

TRAINING MISCONDUCT BY SMC AT MY COMPANY

Assalamualaikum semua...diharapkan sentiasa dirahmati Allah..Moga terus tabah dalam menempuh segala dan apa jua kesusahan yang mendatang dan sedang dihadapi. Mudah-mudahan dapat menebus kaffarah dosa-dosa masa silam.

Sentiasa saja post tentang makanan, tempahan dan juga masakan. kali ini nak cerita sedikit tentang training yang dianjurkan oleh company saya. Consultant yang dijemput sangatlah segak,perosnality yang boleh menjadi magnet kepada orang yang disampaikan ilmunya....plus mempunyai knowledge yang ckup banyak dalam bidang LAW. Pada saya memang tak sia-sia company saya hired beliau untuk menyampaikan dan memuntahkan ilmunya kepada kami Alhamdulillah. sempurna dua hari program training saya.

Training ini sangatlah penting sebenarnya kepada orang yang mempunyai anak buha dibawahnya seperti saya. Walaupun anak buah tak ramai mana, tetapi knowledge untuk memberikan amaran, misconduct, fired orang tu mesti ada bukti yang sangat kukuh dan perlu buat judgement yang tepat supaya tidak menjadi masalah balik kpd company. Then terpaksa pergi mahkamah untuk fight jika kita bersalah, amount yang perlu dihganti rugi masyaAllah, sangat lah banyaknya.

So, kat sini Trainer memberitahu kami do and dont's. How to amke a judgement and so on. sangat menarik sebenarnya. Bayangakn, ornag yang selalu terlelap kat office pun boelh celik for 2 days without failed. Im so impressed tau. maknyanya training ni sangat best and bermanfaat.

Apapun, Encik.Syamsul ni adalah ex-student u saya juga cuma lain course. Penyampainnya sangat kemas, ringkas dan mudah faham. Yelah untuk orang yang belajar engineering, nak faham bahasa law, tak ke susah kan? Tapi en.Syamsul ni, menggunakan bahasa ynag sangat faham untuk orang-orang yang engineerinng macam kitorang ni.hehehehe... Beliau menubuhkan sayarikat sendiri iaitu SMC Consultant. Tambahan beliau mengaplikasikan semua kes dengan apa yang ada kat syarikat kami. So lebih mudah faham dan senang kan.


Ops..trainer yang train kami

Tambahan pula, ada games2 yang ditambah kedalam program kamiyang sangat relate dengan apa yang berlaku kepada kami. ha...best kan... so if mana-mana company yang perlukan khidmat beliau untuk syarikat bolehla cari syarikat beliau untuk makluman lebih lanjut.

Enjoy the pics: kredit to Mohamad Sharifudin Tohari: Our Photographer(boleh check his facebook to hire him for your event, wedding, engagement, birthday, company event and so on) 

Pesalah yang sedang dibicarakan


officemate yang sangat happening a.k.a Ahli Panel






Muka pesalah



Friday, 3 October 2014

SITI SAB FIRST GIVEAWAY

Assalamualaikum...tadi masa tengok blog bbwana Adiena, ternampak giveaway pertama dari sitisab ni. Saya sebelum ni memang tak berkesempatan untuk join mana-mana blog. Inilah first time...mana tau kot-kot ada rezeki kan.


SELAMAT MENCUBA SEMUA.....

Thursday, 2 October 2014

HANTARAN PERTUNANGAN YANG SIMPLE DAN MUDAH

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi yang fana ini walaupun hampir terputus nafas untuk menyelesaikan tugas-tugas di kilang yang tiada sudahnya. Apapun, hidup perlu diteruskan, dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT. Berkat usaha yang gigih, doa dari mama dan diri sendiri, Allah izinkan saya naik pangkat. Memang tak terkata riangnya hati. Alhamdulillah beribu syukur. Moga ini menjadi pembakar semangat untuk lebih berusaha di kemudian hari. Baru aje gembira 2 hari, dengar pulak cerita minyak dah naik. Allah...dugaan kepada saya dan juga orang lain. maklumlah, saya drive ke tempat kerja hampir 25km/day. Walaupun kehidupan dikampung yang tidak setaraf dengan di ibu kota, agak terasa juga duit yang keluar seperti air setiap kali hari gaji tiba. Inikan pula yang duduk di ibu kota yang memerlukan saraan kos yang tinggi. Betul kata mama saya, jadi ENGINEER di kilang kawasan kampung, walaupun tak segah mana seperti di ibu kota, tetapi kita makan, pakai, semuanya ckup. Tak sama dengan Engineer yang disana, walaupun gaji besar, tapi agak parah untuk maintain semua benda. Ok lah..luahan perasaaan dah tamat...heheheeh

So, ini adalah hantaran budget yang saya boleh bagi buat mereka yang merasa budget untuk hantaran. heheheeh...Saja untuk berkongsi hantaran yang agak simple but nice untuk pertunganan or boleh dijadikan hadiah harijadi ke, buah tangan untuk mak mertua ke or hadiah kepada si dia, aku, kamu dan mereka. Hehehe. Alkmaklumlah semuanya serba serbi mahal, jadi ini agak budget, tetapi ckup simple dan cantik.

Saya masukkan element agar-agar yang diletak dalam cawan kecil ditambah strawberyy dan ada whip cream diatasnya. kemudian saya selang selikan dengan cheesetart di dalamnya. Ok!! hasilnya saya berpuas hati. Sebenarnya, saya tak sempat dah nak buat ape2 untuk kawan baik saya ini. Hanya mampu ini sahaja. Apapun, telah selamat menjadi tunagan orang. Alhamdulillah. Apapun menghitung hari menunggu saat tibanya waktu saya. hehehe.. Moga Allah permudahkan segalanya.