Assalamualaikum semua...saja nak share hasil air tangan semenjak dua menjak ni. Sebelum ni masak aje..buat kek juga tapi tak pernah tangkap gambar or nak edit-edit. Dah ada blog sendiri, pantang buat ape aje mesti nak tangkap gambar. Ni rupanya kehidupan seorang blogger.
Saya pantang saja ada masa terluang rehat di tempat kerja, mesti edit gamabr. tak edit saya akan update masakan. Tak pun saya akan update blog lagi satu saya, indahnyahidupbermuhasabah.blogspot.com. Ni adalah blog yang saya akan sharekan tentang feqah dan sebagainya yang berkaitan tentang keagamaan. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapat juga saya berkongsi informasi.
Mengenai baking, saya ada mengambil sebahagian blog buat rujukan. Tetapi kadang-kadang saya terlupa sumbernya. Banyak juga yang saya olah mengikut citarasa saya.Untuk masakan adalah 100% asli mengikut selera saya dan resepi bonda.
gambar-gambar yang saya attached adalah hasil daripada sentuhan penuh kasih saya dalam dunia masakan dan baking. Cuma meroti saja saya belum nak mencuba. suka tengok sahaja, tapi belum eager untuk membuatnya.
Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya saya sendiri telah nampak improvement pada diri saya. Untuk baking, from Nothing to something is the biggest achievement.
Terima kasih kepada yang sudi membaca, mencuba resepi yang ada di blog saya.
Hadis Rasulullah:
"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kaya jiwa"( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment