Monday, 16 June 2014

APAM POLKADOT VERSI LADYBIRD DAN BEE

Assalamualaikum sahabat semua, hari ini nak berkongsi satu resepi apam polkadot yang telah saya cuba. Sebelum ini saya guna resepi 2-3 jenis resepi semuanya tak jadi. ada dekat 100 biji  yang telah selamat saya buang memandangkan bantat dan berlubang-lubang. Agak sedih. Tapi itulah namanya practise make perfect. Then saya terjumpa resepi ni. Daripada satu blog ni.

Tapi saya lupa nama blog apa. Puas dah saya cari blognya, tak jugak jumpa. Resepi ni saya copy past dalam word. diharapkan jika tuan empunya blog baca, bgtau saya yer. Maafkan saya. Diharapkan dapat keizinan daripada pihak anda.

Kali ini apam ni jadi sungguh gebu dan gebass. Cantik dan sangat smooth aje surface dia. ada juga berlubang-lubang sikit, tapi still cantik and acceptable. Terima kasih yang sudi pos resepi ni. Memang tak rugi buat. Alhamdulillah. so resepi sila rujuk bawah ya.



APAM STRAWBERI
Resepi : Ain Rusli
Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus~saya guna 90g
75 ml susu segar atau susu cair~saya guna susu segar dutch lady
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
~saya guna filling coklat chip di dalamnya
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, semoga ianya bermanfaat.
~selamat Mencuba semua :)


~



No comments: