Tuesday, 10 June 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI MELAKA

Assalamualaikum semua. Diharapkan sihat sejahtera dan sentiasa di dalam lingkungan rahmat Ilahi. Hanya tidak sampai 2 minggu sahaja lagi kita akan menemui Ramadhan, bulan yang penuh dengan intipati mengumpul saham pahala. Bulan yang membuat kita mengharungi ujian kelapran agar kita dapat muhasabah di mana letak duduknya nilai iman kita. InshaAllah.

Disebabkan saya dan raka-rakan sekerja sudah start memulakan pecutan ke Ramadhan dengan berpuasa di bulan Rejab dan Sya'aban, jadi kerap kali saya memasak di rumah buat juadah berbuka walaupun hanya berbuka seorang. Kerana bila memasak sendiri kita akan terasa kepuasan dan dijamin kebersihannya.

Dah panjang melalut, so saya nak kongsikan resepi asam pedas melaka. Memandangkan saya terlupa di mana saya ambil resepi ni, sayaminta maaf sekiranya tuan punya resepi ada terbaca. Ada yang saya ubah sedikit resepinya.

BAHAN-BAHAN
3 keping ikan pari (kalau nak tahu dia akan jadi liat ataupun lembut dah masak, cari pari yang gigi isi ikan tu banyak)
5-10 batang bendi muda
1 kuntuk bunga kantan
1 gengam daun kusum

1-2 senduk cili boh( saya guna cili kering besar rendam dan blender)
1 sudu cili  sos
1 sudu sos tomato
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 ruas ibu jari halia*
2 ruas ibu jari belacan*
1 sudu besar lada hitam ditumbuk atau blend sekali*

*bahan di blender sekali dan sebati


CARA-CARA
Panaskan minyak di dalam kuali
masukkan bahan yang bertanda * sehingga garing
masukkan cili kering blender sehingga garing
Masukkan air
masukkan bunga kantan dan daun kusum beserta bendi
masukkan ikan pari dan tutup dengan tutup pengukus untuk dapatkan ikan pari yang lebih lembut.
Setelah nampak bendi lembut dan ikan pari masak, angkat kedalam mangkuk dan siap

~selamat mencuba




No comments: