Monday 4 November 2013

RESEPI PIE AYAM LAZZATNYA... :)



ASSALAMUALAIKUM...

kali ini jom cuba PIE AYAM. Mudah dan sangat lazat dimakan sambil bersantai bersama keluarga.

(5 BIJI PIE BESAR & 6 BIJI PIE KECIL)
DOH PIE :
1.      150gram butter
2.      270gram tepung gandum(ayak)
3.      1 biji kuning telur (dipukul)
4.      secubit garam halus
5.      1 sudu teh gula halus

CARA-CARA MEMBUAT DOH

Keluarkan buttercup sejam sebelum process pengulian untuk memdudahkan pengulian.
Pukul kuning telur terlibih dahulu kemudian masukkan tepung, gula dan garam digaul rata.
Kemudian masukkan seterusnya buttercup yang telah sedikit cair/lembut. Uli doh sampai rata. Sekiranya doh masih melekat bermakna kurang tepung. Tetapi jangan ditambah butter lagi. Ia boleh menyebabkan doh  terlalu rapuh.

INTI PIE:
BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
1.      Setengah labu bawang merah dipotong dadu
2.      Dua hiris halia dicincang halus
3.      Setengah batang cili merah dicincang halus/dadu
4.      2 ketul ayam di potong dadu/dicincang (saya tidak menggunakan ayam kisar kerana ayam kisar selalunya tidak berapa bagus kerana ada campuran dan dikisar seluruhan termasuk organ dalaman)
5.      2 biji kentang dipotong dadu
CARA-CARA MENUMIS INTI PIE
 Panaskan minyak lebih kurang 3 susu besar
Masukkan bawang separuh labu yang telah dicincang dadu
Masukkan halia dua potong yang telah dipotong dadu (ikut citarasa jika tidak mahu boleh tidak masukkan)
Masukkan Cili merah yang telah dihiris dadu setengah batang
Setelah garing masukkan ayam yang telah dicincang halus /dadu
Masukkan secawan setengah air
Kemudian baru masukkan kentang 2 biji yang telah dipotong dadu
Tutup dengan tudung periuk agar cepat kentang melembut.
Setelah kentang melembut, sejukkan inti pie tersebut.

 CARA-CARA MEMASAK PIE AYAM
Doh yang telah diuli, diambil sedikit dan dimasukkan kedalam acuan, dan dikemek-kemekan mengikut acuan yang anda guna. Lebihan doh dibahagian tepi dibuang dan diratakan. Cucukkan
Masukkan inti pie sepenuh rata dibahagian atas.kemudian uli doh yang berlapikkan dua plastic menjadi ½ inch tebal. Telangkupkan doh yang diuli tadi ke atas acuan yang telah diisi dengan inti.
Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.

SELAMAT MENCUBA!!!
pie yang telah siap dimasak






 

No comments: