Monday, 3 April 2017

RESEPI KEK PISANG GEBUSS

Assalamualaikum...
Kek pisang sinonim dengan masyarakat melayu yg suka menjadikan kek.pisang sebagai kudapan atau santapan petang...


Pembuatannya mudah dan pantas.
Jom intai resepi

RESEPI KEK PISANG GEBUSS

BAHAN2

A
3 biji telur gred B
1 cawan gula halus
1 cawan minyak masak~sy guna naturel

B
7 biji  pisang kecil  sy potong2

C
1 tsp ovalette
1tsp butter vanilla

D
1 1/2 Cawan tepung
1 tsp soda
1 tsp baking powder
*ayak

E
2 biji pisang dihiris halus utk hiasan



Cara-cara
1. Panaskan oven 170c

2. Dengan menggunakan blender, masukkan bahan A dan blend sehingga hancur.

3. Masukkan bahan B satu demi satu dan biar blend sehingga hancur.

4. Masukkan bahan C dan blend sehingga sebati

5.  Keluarkan bahan kedalam bekas, masukkan bahan D dengan menggunakan kaedah kauo balik sehingga semua sebati

6. Dengan menggunakan loyang 7*7 square, alaskan baking paper dan masukkan adunan tadi.

7. Hiaskan dengan bahan E ikut suka sendiri..

8. Bakar dalam oven 40 minit.atau sehingga masak, suhu 170c

Selamat mencuba...



No comments: