BUTTERCREAM RESEPI (KHAS UTK BUNGA)
Untuk resepi ini khas utk bunga shj, agak manis, tetapi cantik terbentuk dan tahan ketika di tengah panas. Bunga ini sesuai utk majlis kahwin,kenduri yang berkeadannpanas atau bukan di dewan yg berhawa dingin.. ok jom check it out resepi yg sy belajar kelas dari chef norbaini...
RESEPI ASAL: Chef Norbaini Rahwi
BAHAN-BAHAN
360g icing sugar
120g creamlite
1 1/2 sudu kecil butter vanilla
Cara-cara
Masukkan sebahgian icing sugar dan creamlite kemudian putar sedikit dmi sedikit.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit lagi gula yg berbaki.
Putar hingga sebati. Sedia digunakan.
** putar sedikit demi sedikit gula..jgn terus putar laju. Alamatnya berdebu muka dgn gula. hehehe
**creamlite kalau tak da boleh guna creamwell .
Sy suka guna creamlite sebab kurang berminyak berbanding creamwell
Dah siap masukkan pewarna oil base dan kacau sebati. Sy selalu gunakan ameri color.
Masa untuk buat bunga pastikan jangan masuk terlalu banyak adunan dalam piping bag. Sebab adunan agak kental. Nanti sakit tangan nak pipe. Jangan tamak nak letak semua dlm.piping beg ya.hehehe..
Selamat mencuba...nanti sy update tutorial bunga rose,poeny,sunflower,carnation.
Untuk biru dan merah gambar dibwah, sy gunakan
Ameri color super red dan royal blue.
Untuk warna lebih gelap, masukkan s3malaman dlm chiller dan keluarkan sedia digunakan.
No comments:
Post a Comment