Saturday 15 October 2016

SI CIK GEBUSS CREAM PUFF

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah hari ni nak share resepi cik gebuss saya a.k.a cream puff. setakat ni hampir 50 box mini telah terjual laku. sy jual RM2- 3 biji. mini size  Alhamdulillah feedback semuanya ok.

So sy sharekan resepi yang sy ambil untuk semua ya. 

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING
resipi : Chef Kamarul
sumber : Deanna  & K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~ k.nor guna gred B
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff


1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.


2. Dengan menggunakan periuk yg sama masak tadi, gunakan mixer dan mix adunan tadi sambil memasukkan telur satu persatu ke dalam adunan


3. Putar sehingga adunan menjadi kenyal pendek kata dia bergulung menjadi seperti doh di mixer. tu tandanya kegebuan bakal berlaku.

 4. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.
 


Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla


panaskan di dalam periuk. kacau sehingga rata dan sebati

Cara saya
untuk Custard filling sesiapa yg gunakan instant custard filling

150ml susu segar
50g custard instant
1 senduk gula(agak manis kurangkan)
Non diary whipping cream secukupnya dipukul kental

masukkan susu segar dan gula
panaskan sehingga gula larut
masukkan serbuk instant custard
kacau sehingga pekat dan meletup
matikan api
masukkan non diary secukupnya sehingga rasa berlemak dan creamy macam papa beard punya filling

wallaaa





No comments: