Wednesday 16 April 2014

BIHUN KUNG FU

Assalamualaikum sahabat semua...hari ini saya nak berkongsi sedikit resepi masakan kegemaran saya. ni adalah makanan yang paling saya minat dan akan order setiap kali makan di kedai. tak kira di mana saya akan order makanan ni namanya adalah BIHUN KUNGFU!!

Bihun kungfu ni sebenarnya sangat mudah disediakan. saya merupakan penggemar masakan ini, saya akan lebih menikmatai jika disediakan sendiri. Namun akibat kekangan masa kebelakangan ini, saya terpaksa beli sahaja di kedai.
ok dah panjang lebar saya menaip. JOM INTAI RESEPI

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
3 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih
2 sudu bawang besar yang sudah di blender
1 ruas jari halia di potong
3 biji cili padi
1-2 sudu besar tepung jagung direndam dengan air sedikit2 biji telur ayam
rencah- boleh guna apa sahaja ikut suka(ayam, sotong,udang)
sayur-1 batang sawi, sedikit carrot, bunga kobus, baby jagung

Cara-cara
bihun yang telah direbus/direndam, ambil secukupnya dan dipukul bersama satu biji telur ayam

panaskan minyak terlebih dahulu kemudian masukkan bihun yang telah direndam bersama telur tadi

goreng sehingga masak.(luarnya kelihatan garing)

angkat ke dalam pinggan

CARA-CARA BUAT KUAH
panaskan minyak kedalam kuali

masukkan bawang, kemudian ketuk bawang putih dan masukkan halia.

masukkan rencah pilihan

setelah nampak dah sedikit masak, masukkan air dalm 2 cawan/satu cawan setengah

masukkan sayur. sayur yang keras seperti jagung dan carrot boleh dimasukkan sekali bersama rencah

masukkan garam secukup rasa, dan sedikit gula

setelah nampak semua sebati, masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan didalam air

pecahkan telur sebiji dan kacau rata

tuangkan ke atas bihun yang telah dogoren sebentar tadi.

hiaskan bersama daun sup dan daun bawang serta bawang goreng

sudah siap di hidang.....

selamat mencuba 

No comments: