Assalamualaikum semua...
alhamdulillah dapat berkongsi lagi resepi..kali ini cheese tart gebu gebas di abad ini...sebelum ini...cheese tart yang agak creamy kan dan agak cair sedikit..
kali ini...sy sharekan resepi cheese tart yang terkini..khas buat penggemar cheese..mesti terliur...hehehe
resepi: diambil dari azlita masam manis
rujukan: azlina ina
Shell Tart
125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream (sy skip)
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais
Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit. (sy gunakan oven yg kecil..jd suhunya 150c selama 20 minit)
** boleh gunakan resepi yang sebelum ni juga..
Cheese
500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
Sedikit esen vanilla
Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur
* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream
* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )
Susun shell tart dalam tray
Letakkan filling di tengahnya
* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella
masukkan cream cheese dalam piping bag
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak
Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh
Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C
(sy bakar 10 minit suhu 150c)
Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan
Cara saya,
saya pipe kan semua filling , kemudian pipekan cheese mengikut 90 degree menegak.
kemudian sy letakkan filling ke atas cheese tadi ke atas tart.
jika mahu membuat ukiran sila rujuk yang sebelum ini
untuk perisa chocolate,sy campurkan whipping cream non diary choco..dan kacau..kemudian pipe dalam shell..cuma hanya letak ikut citarasa dan kata hati supaya x mencair.hehehe
Alhamdulillah...
selamat mencuba ya semua
No comments:
Post a Comment