Tuesday, 13 September 2016

BUTTERCAKE 2 RASA 1 ADUNAN

Assalamualaikum semua..alhamdulillah dapat juga menyiapkan kek inspired by azlita aziz ni... geram je tengok...so sempena Raya haji hari tu saya menyiapkanlah buttercake yang sgt senang bak kata kak ita ibu duit ni. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya Bolehla dijadikan juadah hi-tea dan kudapan tengok tv.

jom intai resepi dari kak ita dan saya olah sedikit

BASIC BUTTER CAKE
Resepi oleh : Chef Asma


Blog rujukan: Azlita Masam manis


Bahan A
250 gm margerine planta (saya guna margerine leaf)
50 gm butter (buttercup)
150 gm gula halus atau gula kastor
100 gm gula icing

Bahan B
250 gm telur ~ Tanpa kulit (lebih kurang 6 biji, tapi saya kurangkan putih telur)
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

* Satukan bahan ini dan ayak



Satukan bahan A dalam mixer
Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati
Tambahkan esen vanilla gaul rata( sy guna butter vanilla)
Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed perlahan
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak ( adunan ini untuk 3 buku kek yang berlainan perisa )
Sediakan juga 3 bekas aluminium ( 7 x3 inc )


saya hanya buat 2  jenis kek.. 1 neopolitan  yang diletakkan filling blueberry, satu lagi pandan mocha.Saya gunakan loyang petak yang agak besar size dari 7x3


KEK BUTTER PANDAN

Untuk kek butter pandan, bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian, letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
1 bahagian lagi biarkan plain ( kalau nak letak warna lain pun boleh )
sedikit badam keping untuk hiasan


Tuangkan 1 lapisan plain / putih dahulu ~ ratakan
Kemudian tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Tuangkan lapisan putih ~ ratakan
Tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Akhir sekali ambil belakang sudu dan swirlkan adunan
Taburkan dengan badam untuk hiasan atas
Ketepikan


KEK BUTTER NEAPOLITAN

Untuk kek butter Neapolitan bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak
1 bahagian letakkan perisa blueberry dan letakkan pewarna purple
1 bahagian letakkan perasa moca
1 bahagian lagi biarkan vanill ( saya leakkan perasa mocha)

Tuangkan 1 sudu adunan vanila di tengah bekas aluminium
Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan moca di atas dan di tengah-tengah adunan vanilla
Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan purple di atas dan di tengah-tengah adunan moca
Buat dan ulang cara yang sama hingga habis semua adunan
Ketepikan


KEK BUTTER BLUEBERRY

Untuk kek butter blueberry, sediakan blueberry paste dan masukkan dalam piping bag
masukkan sedikit adunan dalam bekas aluminium dan ratakan
Letakkan Blueberry paste secara rawak
Tutup semula dengan satu lagi lapisan adunan
Hiaskan atas kek dengan lebihan blueberry
Ketepikan

cara saya: 

bahagikan adunan kepada 3,
1 adunan mocha
1 adunan blueberry
1 adunan vanilla

masukkan layer mocha terlebih dahulu
kemudian ratakan adunan blueberry, picitkan filling blueberry ke atas adunan yang telah diratakan secara rawak

kemudian masukkan adunan vanilla di atas adunan tadi dan ratakan secara perlahan-lahan

Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit


selamata mencuba kawan-kawan...sangat seronok untuk dinikmati di juadah aidiladha dan minum petang

No comments: