Thursday, 22 October 2015

MOIST CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum. semoga sihat hendaknya. Semalam sempat membuat tempahan daripada kakak untuk adik iparnya. Chocolate moist cake. diam tak diam, buat juga demi memenuhi tuntutan beliau.apapun, cubalah resepi yang telah saya gunakan di bawah ya.. selamat mencuba

CHOCOLATE CAKE MOIST
Resepi Dari :http://iamaproudmama.blogspot.my/2015/04/resepi-kek-coklat-moist-bakar.html

2 cawan tepung superfine. Boleh guna tepung gandum kalau tak ada.
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder

Satukan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas, diayak dan letak ke tepi.

2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan butter yang dicairkan atau minyak masak
1 cawan air suam
1 sudu meja coklat emulco
3 biji telur

CARA-CARA

masukkan kesemua bahan dan pukul sebati kecuali air suam, gunakan mixer sederhana speed

masukkan bahan yang diayak balik dan gunakan kaedah kaup balik, kemudia baru gunakan mixer

setelah sebati, masukkan adunan yang telah di alas kertas minyak

bakar dengan suhu atas dan bawah dalam temperature 150c selama 1 jam atau sehingga masak

selamat mencuba




Thursday, 15 October 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN FISKE STEAK

Assalamualaikum wbt. Semoga sentiasa dirahmati Allah hemdaknya. Alhamdulillah dah sebulan berpuasa dan kini tiba kita menyambut eid ul fitri dengan penuh kesederhanaan. Kenapa kesederhanaan? kerana bila berlebihan nanti akan datangnya pembaziran. Apapun marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk kita menyambut nya. Dan jangan putus berdoa supaya kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. InshaAllah.

Sebenarnya entry kali ini adalah entry yang tertangguh. Saya Iftar tempohari. Tapi disebabkan nak juga post mana yang tertangguh tu, jadi saya menaip juga. Supaya menjadi kenangan dan pautan hati untuk saya di amsa akan datang. Sekurangnya boleh juga jadi sumber ilham ataupun orang lain untuk makan atau sebagai rujukan orang2 yang sedang mencari tempat makan yang sedap2 kan.

So iftar yang pertengahan Ramadhan hari tu saya ke Fiske Steak di Keramat AU2. Jalan nak menghala ke Keramat AU2. Itupun sebab saya teringin nak makan western. Nasiblah ada orang meneman. Memandangkan bulan Ramadhan ni memang agak penuh. Kami solat dulu dan baru kesana. barulah Lapang sedikit rasanya.

Ini kali kedua saya kesini. Kali pertama bersama kawan-kawan UIA. Ini lah kali kedua saya kesini. Apa yang saya boleh comment. makanannya Ok. Not bad. Presentation food also cantik. Dan cepat. harga pun tak terlalu mahal. Affordable untuk average people. Kenyang, sedap, menyelerakan dan puas hati. Alhamdulillah

Haritu saya makan Special grilled chicken dan lagi satu ape ye.saya pun tak ingt. Untuk air, sesiapa yang x kuat minum air macam saya, better order satu je. Sebab jumbo size. saya pun x larat habis. Saya lupa airnya size macamana kan. Untuk yang ingin berkunjung, tempat ni sesuai untuk family, kawan2 dan pasangan. Sebabnya, tak terlalu santai dan tak terlalu formal. just nice.

Cubalah jika teringin western food for dinner anda..mana tahu kena dengan selera anda... Selamat Mencuba ya

Monday, 12 October 2015

THE CURVE..JALAN-JALAN CARI MAKAN




Assalamualaikum...Alhamdulillah..dapat juga menulis untuk kesekian kalinya...memandangkan entry ni dah lama jadi draft..baikla saya publishkan. sebenarnya draft entry ni patutnya keluar sebelum raya lagi. tetapi tuan punya badan asik kisahkan kerja aje. termatilah di situ segala niat menulis di blog kesayangan sendiri.

Apa pun nak share apa yang ada di curve dan ikea. Boleh dikatakan,  orang KL kalau tak g sini tak KL la kan. Tapi apa yang menariknya di Ikea adalah Meetball yang lovidelicious. Walawei..Saya mememang boleh katakan selalu termimpi dan dan telan airliur masa teringat. Tambahan dengan desert nya adalah almond cake dan juga chicken wing yang mamma mia.. Walawei..telan airliur ni..heheeh

Apa yang saya nak share, di the curve ni, memang banyak tempat sedap2. tapi untuk yang nak cuba, meetball yang sedap, datangla di sini menikmati. Walaupun ramai orang, tapi tidak mengecewakan anda. Hehehe.

Selebihnya saya berjalan2 di Ikano, dan menikmati coconut stall. Disitu menjual aiskrim berunsur kelapa dengan divariasikan pelbagai toping. Alhamdulillah orang belanja. Sakan la kan. Heheheeh..

TEMPAHAN CHOCOLATE INDULGANCE DAN CARROT CAKE


Assalamualaikum semua..dah lama tak mengambil tempahan kek dek kekangan masa. Alhamdulillah baru-baru ini menguatkan hati untuk mengambil tempahan kek 2 biji. Satu chocolate indulgance dan lagi satu carrot cake.

Memandangkan masa yang sangat singkat, memang kena pandai2 adjust masa nak buat kek tanpa mengganggu masa tidur dan masa rehat.

Alhamdulillah semuanya selesai. Resepi boleh ambil di entry sebelumnya ya..selamat mencuba

ROTI KACANG DAN BUN SOSEJ

Assalamualaikum semua..diharapkan semua sihat sentiasa. Alhmadulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi resepi, dan makanan yang menjadi bila dah buat. Alhamdulillah.

So dah banyak kali buat roti ni. Alhamdulillah menjadi. Menjadi juga resepi ni.Hasil bancuhan mama saya dan ulian yang menaikkan musle,hehehehe.. Apa yang boleh bagitahu memang roti yang dihasilkan, lembut, gebus dan sedap.
BUN SOSEJ

ROTI KACANG MERAH
Memandangkan resepinya saya puas cari dalam word tak jumpa nanti saya akan update kemudian ya..buat masa ni, hanya gambar2 saja yang boleh saya kongsikan.Entry yang lepas juga boleh digunakan. 

have a look dan selamat mencuba!!!
DOH ROTI SEBELUM DI CORAKKAN