Sunday, 14 June 2015

KEOW TEOW WITH PRAWN & CHICKEN DUMPLING SOUP


Assalamualaikum pembaca semua. Alhamdulillah moga-moga Allah panjangkan usia kita dan diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Dia Yang Maha Esa untuk bekalan di sana. Segala puji bagi Allah, Dalam kekangan masa ini dapat juga berkongsi sedikit resepi hasil air tangan saya. Sebenarnya, saya amat meminati soup and noodles. jadinya, memang saya akan selalu sangat buat makannan kegemaran saya ni. Kali ni saya tambahkan chicken dumpling dalam masakan saya. So resepi untuk membuat sup boleh lihat di bawah

Chicken dumpling ni boleh di buat sendiri ataupun beli siap di pasaraya. pastikan ada logo halal ya.Hehehe.Chicken dumpling boleh sahaja digoreng dan dimasukkan dalam soup, ataupun dikukus, ataupun masuk kedalam sup tanpa digoreng. Jika tanpa digoreng, jangan masukkan sedari awal. Bimbang nanti dia akan pecah, dan hilang rasa. masukkan setelah sup menggelegak, kemudian bila danh nampak macam masak, terus angkat

Bahan-bahan (2 pax)

4 ekor udang
4 keping chicken dumpling
keow teow 2 mangkuk (siap celur)
tauge satu genggam di celur sedikit
daun sup dan daun bawang sebgai hiasan
cili potong (optional)

Black Mushroom 4 biji dihiris
1 ruas ibu jari halia
1/2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
kesemua barang di atas Blender
Satu bunjut sup adabi(untuk yang nak cepat)
Jika tidak
2 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
satu kayu manis
3 biji pelaga

garam dan gula secukup rasa

cara-cara
Panaskan minyak

Masukkan  bahan blender
Jika gunakan manual bukan sup bunjut, masukkan semua bahan ( bunga lawang, cengki, kayu manis,pelaga)

Jika tidak, setelah garing sedikit bahan blender, masukkan udang dan black mushroom

Setelah udang sedikit merah, tambahkan air dan masukkan sup bunjut

masukkan garam dan gula secukup rasa

Setelah menggelegak, masukkan chicken dumpling

dalam masa 5 minit, boleh tuangkan semua tadi ke dalam mangkuk yang berisi keow teow

Hiaskan dengan daun sup dan bawang, serta tambahkan cili jika yang mahu pedas

Selamat Mencuba

No comments: