Saturday, 21 February 2015

PADANG-BUKIT TINGGI-INDONESIA DAY 2

Assalamualaikum semua..berbalik pada cerita family vacation di indonesia day 2 pula. untuk Day 2 kami breakfast di hotel dengan Nasi gireng dan maggie goreng serta telur mata kerbau sebelum bergerak untuk tour hari ke-2 bersama Putra tourist guide kami.

Lokasi pertama kami di hari kedua ini adalah Rumah Sulaman Hjh Rosmah. Di sini kami dapat melihat bagaimana sulaman goyang dibuat dengan creativity pelajarnya. Ada juga pelajar Malaysia yang datang untuk belajar menyulam goyang disini. hjh Rosmah ini banyak menolong orang kampung. beliau panggil kaum perempuan untuk bekerja dengannya supaya dapat menampung dan menambah pendapatan keluarga. Semasa kami sampai, tiada pelajar yang ada disana tetapi hjh Rosmah memanggil seorang pelajarnya untuk demo kepada kami yang sampai dari jauh ini. kami tidak membeli ape2 daripada Hjh Rosmah kerana harganya agak mahal.

Lokasi kedua kami adalah ke Kiniko Coffee. Sepanjang nak ke perjalanan ke Kiniko Coffee ini terdapat view yang sangat cantik dan sejuk. Jujur saya katakan saya sepanjang hari memakai sweater disana kerana tidak tahan sejuk. Sampai saje disana, dapat lah menikmati coffee free yang boleh dibancuh sendiri. Alhamdulillah di tempat yang sejuk pekena pulak coffee panas. Wow. Best!! Di sini juga terdapat pisang salai dijual. Sungguh enak sekali. kami juga ada memesann pisang chocolate cheese. Memang terbaik, siap bungkus lagi. kami juga turut mengunjungi cara mereka membuat pisang salai dan juga coffee. Saya membeli pisang salai 6 bungkus dan juga coffee serta kerepek yang lain. Di sini, kalau kita beli banyak, dan penuh kotak, kotak tidak akan di caj, tapi kalau kita beli sedikit nak kotak, memang dia akan caj sekitar RM 6. Setelah puas minum coffee sambil menikmati view, kami terus gerak ke lokasi seterusnya.

Lokasi seterusnya adalah Istana Pagar Ruyung. Istana pagar ruyung ini terdiri daripada tiga tingkat. di dalamnya  terdapat bilik2 anak-anak raja..tempat makan, dan juga peralatan yangdigunkaan oleh mereka. ukirannya sangat cantik dan berseni, halus sekali.memang tak lekang mata memandang kes setiap ruang istanaMasa mula-mula kami samapai ada satu mascot datang menyambut kami dengan mesra sambil menangkap gambar. kami pun beria lah tangkap. Rupanya kena tips. Hehehehe..nasib baik Putra bgtau kami kena bayar as a tips. Waduh..!!Setelah puas explore dalam istana, kami pun bergegas ke kereta yang berhampiran kedai sourvenier. Apa lagi, boronglah.

Setelah itu putra membawa kami ke Danau singakarak. Subhanallah, besarnya, Difahamkan danau singkarak ini seluas 21km dan sedalam 450M. Airnya sangat jernih sekali, sejuk, dan mendamaikan. Anak sedara saya mandilah. Ditambah dengan angin yang sejuk bertiup. ya Allah damainya saya rasa. Danau yang luas ini seperti laut di depan mata.
view sepanjang perjalanan

kami terus bergerak ke lokasi seterusnya, Sate Mak Syukur. Sate Mak Syukur ini agak famous disana. Tapi saya tidak berapa menggemarinya kerana tidak kena dengan selera saya. tapi dagingnya lembut. Disana Kuah sate mereka seperti kuah gulai lemak. Tidak seperti kita yang menggunakan kuah kacang.

seterusnya kami terus bergerak ke Linduang Bulan, syurga bagi wanita. DI sini harganya lebih murah berganda dan bisa tawar menawar dengan lumayan sekali. sangat seronok. jadi saya sempat membeli sehelai telekung lagi untuk kawan yang kirim, dan untuk orang tersayang. Alhamdulillah..


last lokasi hari ini terus ke YENIE BORDIR. kedai ni menjual kain sulam. ha boelh tempah terus. Saya tempah terus sehari siap RM 60 upah, kain bergantung pada pattern, corak dan sulaman. kain saya sebab nak jadi pengapit nim, saya beli RM110 dan upah RM60 satu lagi saya bawa kain dari rumah, Upah RM 70 sebab jubah fesyen sket. ha sehari siap. jahitan pun kemas n puas hati lah. Alhamdulillah..
 
Lepas melaburkan duit, kami pulang makan dan balik ke hotel untuk berehat. For 3rd day pulak












BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 1
BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 3
BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 4

PADANG-BUKIT TINGGI-INDONESIA DAY 1

Assalamualaikum semua, diharapkan sihat sejahtera di dalam Rahmat dan kasih sayang Allah SWT hendaknya. Alhamdulillah 2015 ini dapat lagi saya membawa keluarga tercinta berjalan di bumi negara jiran, menikmati suasana lain dari malaysia. baik dari segi loghat percakapan, dari segi budaya dan juga dari segi mazhabnya juga berbeza. kali ini dapat saya membawa kakak tercinta dan juga abg ipar serta anak buah yang sorang ni berjalan sama. kalau tempohari dapat bawa mama sahaja ke sabah, kali ini dapat bawa satu family agak jauh lebih gembira lagi. Alhamdulillah atas izin Allah juga dapat kami bersama.

kali ini saya memilih Bukit Tinggi Indonesia sebagai lokasi percutian. Sebenarnya sepatutnya tahun lepas percutian ini dijalankan, tetapi disebabkan saya terpaksa postponed atas sebab jerebu yang teruk, jadi tahun ini lah waktunya. Sebelum pergi, saya dah survey tourist guide yang akan membawa kami. Saya berhubung dengan Roni. Dia origin from west sumatera. So dia yang banyak assist untuk ke sana. tetapi apabila sampai waktunya, dia terpaksa menghantar Putra partnernya untuk membawa kami. Apapun Alhamdulillah saya rasa berbesar hati dan juga puas hati atas layanan dan juga perhatian yang diberikan. TIP TOP sekali.

Bermula kisah kami ke airport KLIA 2 untuk check in. dari Malasia ke Airport Minagkabau kira-kira 45 minutes sahaja. Jadinya taklah lama saya dalam flight tu.pastikan semua barang kelengkapan telah di bawa ya. Pasport, duit rupiah dan juga alatan yang lain Ubat tahan muntah khas untuk saya.hehehehe. Duit rupiah  seeloknya ditukar dimalaysia lagi jimat. kalau haritu saya tukar 1 juta rupiah=290RM tetapi disana 1 juta rupiah=310RM rugikan kalau tukar disana. so seeloknya tukar awal, dan minta open visa jika nak withdraw duit kat sana tak da la susah kot kot tak ckup macam kami ni. Memandangkan barang kat sana murah dan cantik, seeloknya bawa lebih supaya tidak menyesal di kemudian hari ya

setibanya di sana, kami sekeluarga dijemput orang bernama putra. ini gambarnya. Dia yang bertanggungjawab membawa kami meronda satu bukit tinggi. Disebabkan dia seorang yang agak talkative, jadi tidaklah bosan dengan servicenya. Dia boleh bercerita tentang sejarah setiap tempat.Hebatkan?So pada sesiapa yang berminat, nanti saya letakkan No contact beliau jika memerlukan perkhidmatanannya nanti.
Putra, tourist guide kami

Sebelum meneruskan Perjalanan,kami meminta putra untuk singgah di tempat untuk bersolat. Jadi putra membawa kami di stesyen minyak pertamina yang menyediakan tempat solat. Cuma di sini, tempat wudhuk wanita tidak tertutup. Dan tempat solat juga tidak berasing. Setelah usai jamak, kami meneruskan perjalanan

So berbalik pada cerita saya, Putra terus membawa kami ke Bukit Tinggi. Dalam perjalanan , terdapat air terjun di sebelah kanan kami di fahamkan itu adalah air dari gunung singgalang. Subhanallah, cantik sekali. Jernih dan indah. Putra membawa kami singgah di Kiambang View. Kiambang View ini, panoramanya cantik sekali. Di bawah itu adalah padi dan kolam ternakan ikan.kami menikmati air kelapa yang manis dan juga mencuba bakso di kedai . Setelah itu kami meneruskan perjalanan.

Lokasi seterusnya adalah Lembah Anai. Lembah anai ini, sangat cantik, airnya sejuk dan air terjunnya unik. Cuma disini, mereka tidak membangunkan tempat ini. Walaupun cantik, tapi tidak menarik, hanya cantik untuk menganbil gambar, Air terjun yang Allah hadirkan ini sangat antik dan unik. Memang kita tidak akan lekang mengucap subhanallah apabila berada disitu. so kami sempat bergambar satu keluarga. hehehe

Lokasi seterusnya adalah menyinggah untuk membeli belah iaitu syurga wanita di MAYANG TAURAI. kedai begini memang banyak, cuma kalau ambil tourist guide macam kami, bolehla nak menyinggah 2,3 kali. tapi kalau naik bus, agak payah sikit. jadi, jika berkenan beli dahulu. macam saya, saya akan comparekan semua kedai punya price, baru akan beli kemudian, bagitau pada Putra kemana. Sekali lagi, Transaksi boleh dalam ringgit malaysia ya. Mereka terima. Cumanya pastikan betul2 faham. kalau tak kita akan rugi. Ada yang bila guna ringgit lagi untung, ada yang guna rupiah lagi untung.So saya sempat membeli travel telekung yang dikirim oleh kawan Jenama Loufie. jenama yang ini mahal sedikit, tapi kainnya cantik sekali.

setelah itu Putra membawa kami ke Pandai Sikek Satu karya. Nama tempat ini adalah Pandai Sikek, iaitu tenunan. Dan kedai yang kami kunjung ini adalah Satu Karya. kat sini kami melihat alatan menenun kain tersebuut. Lepas tu, kami pun shopping. Di sini, telekung siti khadijah yang sulam goyang bertaus-ratus kat KL tu, kat sini dalam range 100-150 aje. Ha bezakan? kalau rasa berkenan terus grab sahaja. Disini saya beli stau blouse, 2 telekung sulam yang cotton paris tu. Memang murah. kena pandai tawar menawar. Di belakang kedai ini, ada disediakan surau. Airnya Ya Ampun, sejuk giler.pemandnagannnya puncantik sangat.

Di sini, merata-rata ada masjid dan aktiviti keagamaan. Jadi jangan risau jika mahu bersolat. Cumanya di sini tempat solat dan wudhuk bercampur lelaki dan perempuan. Pandailah untuk menjaga batas aurat ya wahai kaum hawa. jangan disebabkan tiada kemudahan itu seperti di malaysia, kita meringan-ringankan batas aurat pula.

Setelah kenyang bershopping, tiba masa untuk kenyang makan pula. Memandangka sudah agak lewat malam, Putra membawa kami check in dahulu di hotel kartini, kemudian membawa kami makan di CK Center. Dikedai ini terdapat berbagai hidangan ALa Carte. dan juga western. Masakan pansnya juga boleh tahan juga. Setelah menikmati semua hidangan dan kenyang, kami kembali ke hotel untuk meregangkan otot untuk tenaga esok harinya.





Number contact tourist guide;

PUTRA+6281374985143
RONI   +628126750688

BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 2
BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 3
BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 4

Friday, 20 February 2015

TEMPAHAN CAKE CAR AND FLOWER





Assalamualaikum semua, diharapkan sihat. memandangkan kek nya dah lama buat baru nak upload, so inilah hasilnya. Tempahan kek buat officemate. Dia tempah sempena leadernya dah nak resign dan balik ke vietnam.

memandangkan kami membuat wire harness, so dia request untuk satu kek berbentuk kereta, satu lagi tak kisah apa aje. So kek kereta tu keknya adalah butter cake, dan disaluti buttercream dan luarnya saya salut dengan fondant. Alhamdulillah semuanya suka.

kek kedua saya buat cake coffee dan dalamnya cream cheese, luarnya saya balut dengan fresh cream dan bunga atasnya saya gunakan buttercream. Selamat mencuba. resepinya ada saya sediakan di previous email. bolehla mencuba ya.

TEMPAHAN CAKE FROZEN



Assalamualaikum semua baru baru ini saya ada mendapat  repeat order daripada officemate saya. Alkisahnya, dia nak juga cake coffee macam cake bola yang ditempah olehnya untuk anak lelaki nya. so kali ni, nak tempah pula untuk anak perempuannya tema frozen.  Memandangkan ini kali pertama saya buat cake bertemakan frozen, pening jugak nak buat macamana nya.

so hasilnya dibawah ni. Air yang ditengah tu saya gunakan piping jelly dan gaulkan warna nya dengan biru nak jadikan dia serupa air. hehehe.

resepinya sila refer pada cake bola saya ekh di sini.semuanya sama. Cuma cream cheese nye ckup untuk 2 cake 8 inch