Saturday, 21 February 2015

PADANG-BUKIT TINGGI-INDONESIA DAY 2

Assalamualaikum semua..berbalik pada cerita family vacation di indonesia day 2 pula. untuk Day 2 kami breakfast di hotel dengan Nasi gireng dan maggie goreng serta telur mata kerbau sebelum bergerak untuk tour hari ke-2 bersama Putra tourist guide kami.

Lokasi pertama kami di hari kedua ini adalah Rumah Sulaman Hjh Rosmah. Di sini kami dapat melihat bagaimana sulaman goyang dibuat dengan creativity pelajarnya. Ada juga pelajar Malaysia yang datang untuk belajar menyulam goyang disini. hjh Rosmah ini banyak menolong orang kampung. beliau panggil kaum perempuan untuk bekerja dengannya supaya dapat menampung dan menambah pendapatan keluarga. Semasa kami sampai, tiada pelajar yang ada disana tetapi hjh Rosmah memanggil seorang pelajarnya untuk demo kepada kami yang sampai dari jauh ini. kami tidak membeli ape2 daripada Hjh Rosmah kerana harganya agak mahal.

Lokasi kedua kami adalah ke Kiniko Coffee. Sepanjang nak ke perjalanan ke Kiniko Coffee ini terdapat view yang sangat cantik dan sejuk. Jujur saya katakan saya sepanjang hari memakai sweater disana kerana tidak tahan sejuk. Sampai saje disana, dapat lah menikmati coffee free yang boleh dibancuh sendiri. Alhamdulillah di tempat yang sejuk pekena pulak coffee panas. Wow. Best!! Di sini juga terdapat pisang salai dijual. Sungguh enak sekali. kami juga ada memesann pisang chocolate cheese. Memang terbaik, siap bungkus lagi. kami juga turut mengunjungi cara mereka membuat pisang salai dan juga coffee. Saya membeli pisang salai 6 bungkus dan juga coffee serta kerepek yang lain. Di sini, kalau kita beli banyak, dan penuh kotak, kotak tidak akan di caj, tapi kalau kita beli sedikit nak kotak, memang dia akan caj sekitar RM 6. Setelah puas minum coffee sambil menikmati view, kami terus gerak ke lokasi seterusnya.

Lokasi seterusnya adalah Istana Pagar Ruyung. Istana pagar ruyung ini terdiri daripada tiga tingkat. di dalamnya  terdapat bilik2 anak-anak raja..tempat makan, dan juga peralatan yangdigunkaan oleh mereka. ukirannya sangat cantik dan berseni, halus sekali.memang tak lekang mata memandang kes setiap ruang istanaMasa mula-mula kami samapai ada satu mascot datang menyambut kami dengan mesra sambil menangkap gambar. kami pun beria lah tangkap. Rupanya kena tips. Hehehehe..nasib baik Putra bgtau kami kena bayar as a tips. Waduh..!!Setelah puas explore dalam istana, kami pun bergegas ke kereta yang berhampiran kedai sourvenier. Apa lagi, boronglah.

Setelah itu putra membawa kami ke Danau singakarak. Subhanallah, besarnya, Difahamkan danau singkarak ini seluas 21km dan sedalam 450M. Airnya sangat jernih sekali, sejuk, dan mendamaikan. Anak sedara saya mandilah. Ditambah dengan angin yang sejuk bertiup. ya Allah damainya saya rasa. Danau yang luas ini seperti laut di depan mata.
view sepanjang perjalanan

kami terus bergerak ke lokasi seterusnya, Sate Mak Syukur. Sate Mak Syukur ini agak famous disana. Tapi saya tidak berapa menggemarinya kerana tidak kena dengan selera saya. tapi dagingnya lembut. Disana Kuah sate mereka seperti kuah gulai lemak. Tidak seperti kita yang menggunakan kuah kacang.

seterusnya kami terus bergerak ke Linduang Bulan, syurga bagi wanita. DI sini harganya lebih murah berganda dan bisa tawar menawar dengan lumayan sekali. sangat seronok. jadi saya sempat membeli sehelai telekung lagi untuk kawan yang kirim, dan untuk orang tersayang. Alhamdulillah..


last lokasi hari ini terus ke YENIE BORDIR. kedai ni menjual kain sulam. ha boelh tempah terus. Saya tempah terus sehari siap RM 60 upah, kain bergantung pada pattern, corak dan sulaman. kain saya sebab nak jadi pengapit nim, saya beli RM110 dan upah RM60 satu lagi saya bawa kain dari rumah, Upah RM 70 sebab jubah fesyen sket. ha sehari siap. jahitan pun kemas n puas hati lah. Alhamdulillah..
 
Lepas melaburkan duit, kami pulang makan dan balik ke hotel untuk berehat. For 3rd day pulak












BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 1
BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 3
BUKIT TINGGI, INDONESIA DAY 4

No comments: