Alhamdulillah..sekian lama menjemur berpanas kejap berhujan, lambat nak kering.heheheh.. Agar-agar kering ni adalah makanan tradisi kita dari zaman kecik lagi. Kalau raya je rumah opah-opah mesti ada agar-agar kering ni kan? tapi amsa itu agar-agar ini tak dikomersialkan lagi lah. hanya rasa manis gula sahaja yang sudah keras agar-agarnya.
So memandangkan buat research sikit kat blog kak azlita masam manis. sy pun merasa sendiri bila ditambah perisa lebih enak dan sedap. rasanya sgt best. tak jemu nak makan. Bosan dengan petak2 kerinting sahaja, saya variasikan dan komersialkan dengan rupa bentuk yang pelbagai. Ha, ada roses, ada leaves, dan bunga 5 kelopak.heheheh... sebab itu saya katakan whisk and whip akan meengeluarkan modern-traditional bites.
oklah dah diterangkan oanjang lebar. buat sesiapa yang nak intai resepi and buat sendiri, jom kita intai resepi
AGAR-AGAR KERING
Resepi Asal Oleh : Badaria
Rujukan blog: Azlita masam manis
Rujukan blog: Azlita masam manis
Bahan-bahannya:
60gm agar-agar bertali
1300ml air
150gm gula batu
1200gm gula pasir
pewarna makanan pilihan anda
perasa makanan (saya buat perasa ikut warna)
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut.
Tapis dan buang airnya.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar.
Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati.
Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan daun pandan di simpul, gula batu dan gula.
Kacau
rata
Masak sehingga gula batu hancur.
(saya beli gula batu yang memang sedia dah pecah2)
Angkat dan bahagiakan mengikut warna pilihan anda
saya letakkan purple yam, pink strawberry oren-orrange, hijau blueberry
Saya gunakan mengikut jag. dan tuangkan ked alam satu2 acuan bergambar yang telah disediakan
setelah agak kering, basuhkan dengan air dan picitkan acuan tersebut supaya mudah keluar dan agar2 x pecah
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan
bergula.
Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.
Sebabkan cuaca lembap, ambil 2 hari juga untuk siap kering
selamat mencuba
No comments:
Post a Comment