Friday, 14 August 2015

MAGNUM ICE CREAM MID VALLEY

Assalamualaikum. Moga sihat sentiasa. Kali ni nak story tentang leisure activity on sunday. Memandangkan weekdays yang sangat hectic, a lot of work to do and  alot of things to think of, so sangat lah stress. Untuk orang yang menghadapai tekanan macam saya ni, elok lah ke tempat kerja dengan memasang alunan al quran dan zikir supaya kita pergi kerja rasa tenang dan bersemangat kembali. Walaupun hampir separuh nyawa berhempas pulas kan. Eh-eh, dah mealalut.

Ok apa yang saya nak share adalah weekend activity saya. memandangkan saya ni teringin nak makan ice cream magnum, jadi amatlah sukacitanya bila ada insan nak belanja saya ke Magnum restaurant. maklumlah orang tu rasa bersalah.jadinya, sebagai untuk memujuk, magnum ni lah belanjanya.hehehe

Saya pun first time juga ke sini. apa yang saya suggest, untuk orang yang tak berapa kuat makan ice cream macam saya ni, eloklah makan magnum yang RM9.90 ni. Ada je yang lain-lain jenis. Signature tu agak mahal juga. Tapi kalau dah penggemar tu, memang la x kisah.Ada yang harganya around RM30++

okeh, untuk magnum yang biasa macam saya ni, kita pilih dua jenis ice cream, vanilla or brownies. then pilih bahan nak topping,3 jenis Saya pilih cookies, pistachios and almond, kemudia salutan ice cream ada 3 jenis, dark chocolat, milk chocolate or white chocolate, saya pilih milk chocolate and topping pun pilih antara 3 tu, so sy combine kan white chcoco.

lepas tu kita carilah tempat duduk untuk mentelaah magnum tu, dan magnum tu memang bagi air masak, supaya kita tak hauuusss.heheeh..itu saja cerita saya untuk hari ini.





ROYAL BLUE ROSES CAKES


Assalamualaikum semua, diharapkan sihat hendaknya. Moga sentiasa dirahmati Allah selalu. Dah lama rasa nya tak post di blog kesayangan saya ni tentang cake. Memandangkan kesibukan dan waktu yang sanagt pack sekarang, niat untuk menulis di lupakan, dan lebih kepada merehatkan diri sendiri. Almaklumlah kekurangan rehat.

Kali ini hantaran untuk perkahwinan yang ditempah oleh sepupu saya sendiri. Temanya royal blue. Memandangkan beliau nak juga roses macam tu, jadi dalam keadaan jemu pun tetapkla menyiapkan roses tersebut.

Apappun, Alhamdulillah semuanya selamat di ambil dan siap pada waktunya. padahal masa sgtlah padat.

Thursday, 6 August 2015

CHICKEN CORNISH MY STYLE


Assalamualaikum semua. Moga sihat hendaknya. Dah masuk pertengahan syawal dah pun. Harapnya semua menjaga makan dan kesihatan. Al maklumla, sekarang kan banyak open house. jadi makan tu kadang-kadang tak beringat. Setakat ni saya tak berkesempatan lagi nak pergi ke open house sesiapa dek sibuk kelas dan aktiviti bersama keluarga. Puasa 6 dah habiskah semua?

 so kali ni nak share chicken cornish yang diambil dari sebuah blog. memandangkan sya terlupa nak copy link, jadi jenuh cari siapa yang saya copy resepi ni. saya selalu terus paste dekat word. jadi tak ingat manablog yang mana satu. InshaAllah kalau jumpa nanti saya update.

CHICKEN CORNISH
Bahan pastri:
250g butter
300ml hot water
500g tepung gandum~saya guna 450g
1st garam

Untuk inti :
3 ketul drumstick
2 biji bawang besar di cincang halus
1 ulas bawang putih di cincang halus
3biji biji kentang besar-dipotong dadu
1/2 batang carraot dicincang dadu
Minyak  utk menumis
Garam gula secukup rasa
3 sudu Rempah kari ikan babas
1 sudu teh tepung gandum-bagi pekat
1 biji kuning telur untuk di sapu kat pastri

Cara-caranya:

Pastri doh
Butter dan air panas di campur bersama.

Masukkan tepung dan garam dalam adunan.Uli hingga sebati dan menjadi doh yg lembut.

Masukkan dalam peti ais selama 30 minit. Sementara buat intinya pulak.

Inti :

Panaskan minyak dalam kuali.

Masukkan bawang merah dan putih yg dah dicincang.

Masukkan serbuk kari dan masak hingga naik bau.

Masukkan daging 3 ketul drumstick,kentang dan carrot  tadi.tuangkan air masak, hingga semua bahan tadi tenggelam.untuk cepatkan kentang lembut, tutup bahan tadi dengan tudung periuk.

Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam dan gula.

Masukkan tepung dan masak hingga agak kering .Biarkan sejuk.

Drumstick tadi dah lembut, carikkan keluar isinya.tujuan saya tak rebus kerana tak nak rasa ayam tu hilang.kalau yang nak rebus dulu pun boleh kemudian gaul.

Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai.Canai doh pastri setebal 5 mm.
Terapkan dengan penerap bulat.

Saya gunakan mangkuk kuah

Letakkan inti di tengah2 doh dan kelimkan tepinya cam buat karipap

Pastu letak dalam loyang yang dah di gris dengan butter.

Buat hingga abis doh dan sapukan semua pastri tu dengan kuning telur.

Panaskan oven pada suhu 180C, dan bakar pastri selama 30 -35 minit atau sehingga warna keperangan.Siap untuk di makan.

Selamat Mencuba!!!