Sunday, 1 October 2017

RESEPI HOKKAIDO CUPCAKE

Assalamualaikum semua...
Saya sertakan rsepi hokkaido cupcakes ni ya....


Sebenarnya dah lama freeze dlm list sy hokkaido ni memandangkan byk tempahan lain yg perlu disiapkan. Pendek kata kekangan masa la....


So ni dah jadi sedikit sumber pendapatan sy alhamdulillah..tambah2..
Jom intai resepi..


RESEPI HOKKAIDO CUPCAKE

RESEPI ASAL  : AZLINA INA
OLAHAN: @whisknwhipbyne

BAHAN BAHAN

A
4 iji kuning telur
3 tbsp gula halus
1 tsp butter vanilla/essence vanilla
**kacau rata/sebati

B
4 biji putih telur
4 tbs gula halus
1tsp tar tar powder
**pukul hingga menjadi meringue

C
½  cup tepung gandum
½ tsp baking powder
Secubit garam halus
2 tbsp tepung jagung
**ayakkan dan ketepikan

D
½ cup susu cair ~sy guna susu segar
¼ cup minyak masak ~ saya guna naturel

Cara-cara

Panaskan oven 180c

Masukkan D, susu cair dahulu diikuti minyak  ke dalam A kacau sebati

Masukkan C sedikit demi sedikit  ke dalam adunan  A yg dah dicampur D tadi  dan gaul sehingga tiada ketul.

Dengan kaedah kaup bali, masukkan B sedikit demi sedikit.Kaup balik secara perlahan supaya adunan tidak mencair

Masukkan adunan kedalam paper cup ¾ atau penuh

1 adunan boleh dapat 12-15 papercup size medium

Turunkan suhu oven kepada 160c/170c bakar  20-25 minit rack tengah.
Sehingga permukaan perang  sedikit, cucuk dengan lidi.kalau bersih dah masak.

Tutupkan oven, biarkan cake rehat di dalam oven 1o minit.
Kek akan kenyusut 20% drp kegebuan.tapi still maintain gebu.

Pipe kan filling cream cheese dengan menggunting  sedikit di dalam kek...taburkan gula icing atau snow powder dan hiaskan dwnga strawberry..mengikut selera masing2..ay x hias sebab strawberry habis..hehhe


Cream cheese filling

125g cream cheese suhu bilik
4 tbs icing sugar
Whipping cream diary secukup nya
¼ cup susu segar
1tsp butter vanilla

Cara-cara

Pukul gula dan cheese sehingga sebati
Masukkan whipping cream dan pukul lagi
Masukkan butter vanilla dan susu segar

Masukkan ke dalam piping bag, sedia utk dipipekan

Tadaaaa...selamat mencuba..lebih nyaman bila dah masuk dlm chiller kemudian makan...wallaaaa


Boleh check segala list dessert, cakes resepi, tutorial, video

Cake resepi list
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1419795114794203&id=632707716836284

Dessert resepi
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1420195754754139&id=632707716836284

Tutorial
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1420213601419021&id=632707716836284

Video tutorial
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1422736087833439&id=632707716836284







No comments: