Disebabkan berpindah rumah, maka semua barang-barang baking telah di seal. tak kira lagi nak berkemas rumah yang bersepah keranakan asakan tebukan lubang disana sini. belum lagi dikira ditipu dengan orang wiring dan pembuat mozek. bila diteliti dan berteleku bermuhasabah. Mungkin ini bahagian dugaan dan ujian sepanjang tempoh berpuasa. kesabaran perlu digamit. malah belum kira lagi jiwa dan hati yang terluka dek kesakitan daripada insan sekeliling. Namun Perancangan Allah itu lagi Maha cantik dan teliti adunannya.Alhamdulillah atas semua dugaan dunia yang perlu sy tempuhi. Dan alhamdulillah berjaya ditempuh walaupun hati perit dan sakit.
Bila ditenung nasib insan lain yang tiada berbumbung. Berbuka dengan juadah hanya sepinggan nasi dan bercatu ayam. MasyaAllah mewahnya lazatnya dunia saya.Cuma saya diuji dengan kesakitan jiwa sahaja. APalah kiranya jika sy boleh bersabar. Nikmat Allah lebih lagi bukan? sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Walaupun ada batasnya.
Ok bila dah melaut.. jom intai resepi SODA HERBS DARI AZLITA MASAM MANIS
maklumlah bulan syawal panas nya menyengat. jadi untuk penghliang dahaga dan sgt refereshing, sy hidangkan soda herbs. Bak kata jiran sy air serai. apa ajelah janji bahagia.heheheh
SODA HERBS
resepi : diambil dari azlita masam manis
BAHAN-BAHAN
1 tin laici saya belah dua semua laici
1 biji lemon dihiris nipis
2 batang serai di titik
daun pudina secukup rasa
asam boi 5 biji- sy letak 3 biji
1 botol air aiskrim soda
CARA-CARA
campurkan kesemua bahan kedalam jug atau kelalang anda
campurkan air aiskrim soda kedlaamnya
tambahkan air batu secukup rasa
untuk lemon, sy perah untuk mengelakkan pahit bila direndan terlalu lama di dalam air
siap dihidangkan dan minum