Saturday, 7 March 2015

I AM 27

Alhamdulillah syukur kepada Allah, hari ini merupakan hari kelahiran yang ke-27. 8thMarch, adalah tarikh yang sangat bermakna dalam hidup saya. Sebab, setiap 8th march itu sentiasa ada kejutan untuk saya. Kejutan yang menyedihkan ataupun kejutan yang sangat menggembirakan. Apapun, Saya bersyukur kerana Allah masih memberikan saya nafas, ruang dan peluang untuk saya beribadah, beramal dan bbertaubat sentiasa sebelum samapai ajal saya.

Mungkin tidak ramai yang menghargai hari penting ini, tapi tidak pada saya. tarikh ini adalah tarikh keramat, dimana saya telah dilahirkan oleh insan yang sangat saya kasihi. Mama saya. Mama saya telah membawa saya kesana sini dengan saya didalam rahimnya selama 9 bulan. Kenapa mesti saya lupa untuk sujud syukur tiap kali saya dilahirkan sempurna sebegini? sebab itu, setiap genapnya umur saya di tarikh kelahiran saya. Maha suci Allah telah memberikan segala kekuatan untuk saya bernafas sehingga ke hari ini.

jadi, apakah kita berasa rugi untuk beribbadah kepada Allah? sedangakan nafas yang kita hembus ini percuma diberi oleh Allah.Apakah susah untuk kita berbakti kepada Mak kita? sedangkan dia yang melahirkan, membesarkan, dan meyusukan kita? adakah susah untuk itu? Demi Allah, selagi saya punya kudrat saya akan cuba membahagiakan hati ibu saya agar dia merasa gembira dan terasa terbayar atas segala penat lelah dia menjaga saya sehingga dewasa.

Apapun, pemikiran kita berbeza...saya bersyukur saya disini, masih diberi kesempatan untuk menimba ilmu dan juga berbakti kepada orang disekeliling saya. Kepada yang sudi baca setiap entry saya, terima kasih diucapakan. Moga Allah sentiasa merahmati kalian.

RNZRAS
8-3-88

No comments: